Peranan Masing-Masing yang Padukan Kerja














Hari kedua.
Pagi tadi aku tanya diri sendiri, apa lagi yang perlu aku bereskan hari ini? Apa lagi tugas yang belum selesai? Usai subuh lagi aku dah luangkan masa untuk buat video event dan upload di media sosial. Setelah itu aku bergegas ke Kampar. Kesian member seorang diri kat sana. Tiba di Kampar, baru aku sedar rupanya hari ni hari kami bertenang. Hari ni hari kerja. Pengunjung tak ramai. Jadi, suasana pun tak semeriah semalam. Kami pun tak ada tugas berat di tapak. Aku ambil peluang ni untuk siapkan poster dan kertas kerja event seterusnya. Punya gigih dan tumpu buat kerja, sedar sedar dah asar. Walhal aku duduk di food court tu daripada zohor lagi. Syukur. Selesai kerja. Kalau di rumah tadi, belum tentu siap. Petang pula aku dan Aiman sempat pusing pusing tapak jualan dan sembang dengan peniaga. Kata mereka walaupun tak ramai, tapi pengunjung tetap ada dan jualan mereka tetap berjalan seperti biasa. Tetap ada jual beli. Tak macam sesetengah tempat lain yang diorang pernah masuk. Hari bekerja langsung tiada jual beli. Aku bila dengar macam tu, lega juga hati. Alhamdulillah walaupun hari bekerja dan cuaca tak menentu, pembeli tetap ada. Penduduk Kampar tetap berkunjung. Allah bukakan pintu rezeki peniaga. Rezeki kan, Allah yang beri. Dia akan beri mencukupi buat kita. Tinggal lagi kita nak bersyukur. Teringatlah kelmarin temanku pesan, katanya kerja takkan habis. Iya, aku akui. Kerja takkan habis. Kerja aku yang dengan alumni pun, mana habis lagi. Banyak juga tu. Entah bila nak siap. πŸ˜ͺ Tapi dalam pada tak habis tu, kerja yang ada haruslah diselesaikan, ye dak? Buatlah ikut kemampuan. Yang penting, kita berikan yang terbaik. Dan kerangka terbaik bagi kita semua, berbeza beza. Ada orang mampu bagi terbaik dia takat 5/10 je dalam satu bab. Ada pula yang mampu bagi terbaik dia takat 8/10 dalam bab lain. Sebab kemampuan kita sebagai manusia berbeza beza. Mungkin yang 5/10 tadi tu kita bagi tugas lain dia boleh perform jadi 9/10, kan? Itu sebab dalam satu kumpulan gerak kerja, masing masing ada peranan yang berbeza, yang sesuai dengan kemampuan diri. Bila mana kita dapat letakkan tugas mengikut kemampuan individu, lihatlah hasilnya nanti, pasti padu. Hasnul Adin Pior Event Management


Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D