Umrah 2017 - Berbuka Walaupun Tak Puasa
Isnin (30 Januari 2017).
.
Selepas solat Asar, kita boleh nampak para jemaah mula membentang plastik (seperti dalam gambar) diserata ruang dalam masjid dan disusun juadah berbuka untuk jemaah-jemaah yang berpuasa.
.
Tetapi sebenarnya kalau kita tak puasa pun, kita akan dijemput untuk turut serta duduk dan nikmati juadah bila masuk waktu Maghrib.
.
Pengalaman aku sendiri, ada seorang arab tua ni tarik tangan aku dan bawa aku duduk diruang berbuka yang dia dah sediakan. Aku cuba terangkan yang aku tidak berpuasa tapi dia tetap juga menarik tangan aku sambil beri isyarat tak mengapa, tak mengapa.
.
Di bumi barakah ini, buatlah baik sebanyak mungkin. Itulah sebabnya suasana seperti ini wujud.
Tags:
Umrah
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D