Kahwin #1: 20 Hari Penuh Syukur



20 hari kurang lebih. Tak ada hari yang aku tak merasa syukur.

Aku suka tenung muka isteri aku. Bila aku tenung lama lama masa makan, masa sebelum nak tidur atau bila bila yang sempat, mesti dia tanya; "Kenapa pandang saya macam tu?"

Dan jawapan aku sama je hampir setiap kali; "Sebab syukur."

Syukur aku, dikurnikan isteri yang solehah. Doa doa aku sebelum ni, banyak yang Allah makbulkan bila difikirkan semula. Tak perlu aku sebut satu satu. Yang itu, biarlah aku dan Dia je tahu.

Ingat lagi aku, hari ketiga sebagai suami isteri haritu, kami berdua menangis lepas solat asar. Aku menangis sebab kenangkan doa aku yang Allah makbulkan melalui isteri solehah aku ni. Dia menangis risaukan kemampuan diri dia sebagai seorang isteri.

Jujur. Aku sikit pun tak risau dengan kemampuan diri dia. Aku cukup yakin dia akan jaga aku sebaiknya. Aku tahu yang dia akan jadikan aku seorang lebih baik. Nilai yang ada pada diri dia, aku boleh nampak. Betapa ikhlasnya dia. Komited dan bersungguh sungguh. Sikapnya yang cukup baik pada mak abah dia, pada mak ayah aku. Sampai aku jadi malu.

Yang sepatutnya risau adalah aku. Dosa melambung tingginya langit. Tapi baru bertatih nak rasa syukur. Memang patut rasa malu.

Hari ni aku tak sempat nak tenung muka dia sangat sebab dia penat seharian ikut mak abah dia pergi konvo adik dia. Tidur awal. Aku pulak lepas isyak tadi dah awal terlentang, rehat sebab fatique. Penat orang introvert. Yang faham, fahamlah.

Nampaknya aku kena belajar rasa bersyukur tanpa tengok muka isteri solehah aku. Hmmm.

Macam ni lah orang bercinta. Dah tidur sebelah sebelah pun, rindu juga. Haaihhh

Nota: Aku letak post ni kat blog supaya senang nak baca kemudian hari.

Share:

1 comments

  1. Situs Penyedia Layanan Sepak Bola Terbaik Sbobet Dan Bonus Member Baru Yang Besar, Agen Sepak Bola Sbobet Maxbet Yang Memberikan Pelayanan 24 Jam Nonstop, Bandar Judi Sepak Bola Sbobet Yang Di Dukung Oleh Bank Dengan Pelayanan CS Yang Ramah dan 24 Jam Nonstop, Penyedia Jasa Pembuatan ID Sbobet Judi Sepak Bola Yang Terkenal Dan Memiliki Grafis YangBagus, dan Kemudahan Dalam Bermain Dan Keamanan Saat Bertransaksi

    Agen Sepak Bola Online

    bonus besar Sepak Bola

    Bandar judi Sepak Bola

    Agen Sbobet Judi Bola

    Judi Sepak Bola Terbaik

    Agen Judi Online

    Bandar judi ikan

    Agen sabung ayam

    judi sabung ayam

    judi tembak Ikan

    Agenjudi tembak ikan terbaik

    judi Sbobet Online

    Judi Sportsbook Online

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D