Berapa Banyak Buku dah Baca Setakat April 2017
Assalamualikum.
Hai. Apa khabar? Khabar baik?
Dah pertengahan April 2017 dah pun. Tiga bulan pertama tahun ni berlalu dengan laju je rasanya. Tak pastilah macam mana dengan korang. Tapi bagi aku, memang terasa sangat laju masa berlalu dan begitu banyak perkara berlaku dalam tempoh tersebut.
Hal berkaitan travel, berkaitan kerjaya, berkaitan perkara peribadi dan lain-lain banyak yang memakan masa aku. Impaknya? Aku kurang masa mengadap buku. Sehingga 12 April 2017 (hari post ini ditaip), aku hanya berjaya menghabiskan 5 buah buku sahaja.
LIMA SAHAJA!
Secara peribadi, ia adalah rekod yang buruk. Walaupun sebenarnya buku yang aku sedang baca ada lebih daripada itu tapi setakat ni, baru 5 buah sahaja yang aku berjaya habis baca.
Jadi inilah senarai buku yang aku berjaya habis baca setakat ini:
(klik tajuk buku untuk ke Goodreads)
(klik tajuk buku untuk ke Goodreads)
3. Nota Dari Madinah
4. Cerita Budak Design
Mengikut rapat di kedudukan kedua adalah buku Menalar Makna Diri oleh Ustaz Hasrizal. Buku yang ini agak berat isinya. Bukan semata-mata kisah musafir beliau menuntut ilmu tetapi juga diselitkan kajian sejarah yang beliau lakukan.
Nota Dari Madinah pula aku habiskan semasa aku menunaikan Umrah.
Alhamdulillah, buku ni sangat membantu. Prof. Kamil berjaya memberi gambaran umrah dengan jelas dan mudah. Tulisan beliau juga membuka fikiran kita kepada situasi-situasi dan keadaan yang tidak kita jangka boleh terjadi dan bagaimana cara terbaik kita nak menghadapinya.
Dua buku yang berbaki ini, satunya bukan genre bacaan aku. Sangat mencabar untuk aku habiskan. Manakala satu lagi isinya menarik tetapi aku rasa macam penulis terlalu mencuba untuk jadikan tulisannya santai dan menarik.
Di bawah ni pula buku yang aku letak disisi bantal aku. Bermakna, buat masa ni aku tumpu baca 3 buah ni sahaja.
Sesiapa yang rasa ada tips macam mana nak 'dapatkan' lebih banyak masa untuk baca buku, dipersilakan kongsi ya. Kot la dapat aku nak capai matlamat 50 buah buku yang dibaca tahun ni!
Terima kasih.
4. Cerita Budak Design
Daripada senarai diatas, kegemaran aku sudah pasti buku Rudy: Kisah Muda Sang Visioner.
Kenapa? Kerana jujur aku katakan ia adalah bacaan yang sangat baik dan membuka minda. Kita didedahkan dengan kisah bagaimana Rudy semasa mudanya begitu bersemangat menuntut ilmu.
Sedari kecil Rudy memang dilihat begitu tertarik untuk terus menambah pengetahuan dalam diri. Ketika kecil, jika Rudy ada kekeliruan atau persoalan yang bermain difikiran, dia akan tunggu sehingga bapanya pulang kerja lewat petang. Bapa Rudy pula sangat meraikan soalan-soalan yang ditanya.
Dipertengahan buku diceritakan berkenaan pengalaman Rudy semasa di German. Bagaimana dia bukan sahaja pelajar yang baik bahkan juga pemimpin siswa yang dipandang tinggi dan bersemangat waja.
Buku ini ditutup dengan kisah bagaimana akhirnya Rudy bertemu dan menyulam cinta bersama Ainun. Sejujurnya di bab penutupan ini yang aku jadi semakin seronok membaca. Bukan kerana kisah cinta mereka semata-mata tetapi daripada apa yang diceritakan, kita dapat membayangkan betapa dua insan ini berjiwa besar. Mereka yang pada mulanya seperti tiada jodoh akhirnya menjadi pendokong terbesar satu sama lain.
Aku juga begitu tertarik dengan bagaimana Mami Rudy berusaha memastikan Rudy mendapat jodoh yang terbaik.
Dah jadi ulasan buku pula. Tapi jika anda minat autobiografi, sila dapatkan buku ini. Pasti tak menyesal.
Mengikut rapat di kedudukan kedua adalah buku Menalar Makna Diri oleh Ustaz Hasrizal. Buku yang ini agak berat isinya. Bukan semata-mata kisah musafir beliau menuntut ilmu tetapi juga diselitkan kajian sejarah yang beliau lakukan.
Nota Dari Madinah pula aku habiskan semasa aku menunaikan Umrah.
Alhamdulillah, buku ni sangat membantu. Prof. Kamil berjaya memberi gambaran umrah dengan jelas dan mudah. Tulisan beliau juga membuka fikiran kita kepada situasi-situasi dan keadaan yang tidak kita jangka boleh terjadi dan bagaimana cara terbaik kita nak menghadapinya.
Dua buku yang berbaki ini, satunya bukan genre bacaan aku. Sangat mencabar untuk aku habiskan. Manakala satu lagi isinya menarik tetapi aku rasa macam penulis terlalu mencuba untuk jadikan tulisannya santai dan menarik.
Di bawah ni pula buku yang aku letak disisi bantal aku. Bermakna, buat masa ni aku tumpu baca 3 buah ni sahaja.
Sesiapa yang rasa ada tips macam mana nak 'dapatkan' lebih banyak masa untuk baca buku, dipersilakan kongsi ya. Kot la dapat aku nak capai matlamat 50 buah buku yang dibaca tahun ni!
Terima kasih.
Tags:
Tentang buku
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D