Macam Mana Nak Istiqamah Tulis Blog/Post



Tepuk dahi dapat soalan macam ni. Kita sendiri tak istiqamah. Kita sedar diri.

Tapi, kita cubalah juga jawab soalannya. Jarang jarang kita ni hampakan penanya soalan. Haha!


1. Tulis dan post, walaupun pendek

Tak penting panjang atau pendek. Yang penting ada content to share. Bila dah ada, post.

Contohnya dulu aku pernah post macam ni: Of Salib & Power Rangers

2. Variasikan Topik/Content

Antara beza beza topik yang aku pernah post adalah:

A. Cerita bersiri: Cinta Gitar Hitam

B. Cerita Pendek: Putra & Teja

C. Review Filem: Burnt

D. Kongsi minat: TV Series I Watch & Tentang Buku

3. Letak sasaran

Sasaran tu boleh jadi beza beza. Kalau kita puas hati sebulan sekali, tak mengapa. Ikut je. Tak ada salah atau betul. Yang penting, kita buat.

Kalau puas hati setahun satu pun, takda masalah. Haha!

4.Join/Tiru blogpost blogger lain

Ni satu lagi cara.

Tengok topik topik yang blogger lain buat. Tiru.

Macam aku buat kat sini: What Are Your Reading Habits? 



Atau kadang kadang, blogger blogger lain ada buat challange. Join je. Tak kisahlah join officially atau tidak. Sekurang kurangnya kalau buat, blog kita ada content.

Okay itulah dia untuk post kali ni.

Dah ada segmen baru dah kat blog ni nampaknya. Segmen 'Tanya Abang Noi'. Kahkah!

Terima kasih for dropping by and read.

Assalamualaikum.

Share:

1 comments

Komen anda adalah di hargai :D