Kenapa Aku Sertai NGO Alumni KMPk Part 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Tahun 2010 aku mendaftar sebagai pelajar KMPk. Sampai sahaja di KMPk pada pagi pendaftaran tu, aku dan ayah disambut mesra oleh seorang alumni(AJKO lebih tepat). Ditanyakan khabar kami, berasal dari mana, di ceritakan kepada aku dan ayah suasana belajar di matrikulasi dan macam-macam lagi.

Kemudian aku lalui Minggu Pendaftaran Pelajar Baru. Minggu yang penuh dengan pengisian dan taklimat daripada pihak KMPk dan juga AJKO. Sepanjang seminggu bersama dengan AJKO memang menyeronokkan walaupun penat. Aku lihat AJKO bersemangat menguruskan kami pelajar-pelajar sepanjang seminggu itu.Aku lihat AJKO menjerit menyuruh kami berjalan laju memasuki dewan dan menyusun atur kedudukan kami dalam dewan. Kemudian mengajar kami bermain games seperti Sifir Siput, Bukit Yang Cantik dan ada lagi yang aku tak ingat buat masa ini.


MPPB masa PDT. Tak ramai pun batch PDT.
Tapi AJKO kuat buli time ni. :3


Terdetik di hati aku bahawa suatu hari nanti aku nak jadi seperti itu. Aku nak buat apa yang abang dan kakak AJKO buat pada aku tu kepada pelajar-pelajar KMPk selepas aku pula. It will be fun!

Secara mudahnya, aku mahu terlibat dengan persatuan NGO Alumni KMPk.

Sekarang sudah lebih dua tahun aku bergelar bekas pelajar KMPk. Sudah pun terlibat dalam beberapa program anjuran NGO Alumni KMPk sebelum menjadi salah seorang ahli Majlis Tertinggi persatuan.


Barisan MT NGO Alumni KMPk yang muda bergaya dan gila-gila.
Yes. Abaikan aksi-aksi 'menarik' tu.


Selepas lebih 5 bulan menjadi salah seorang ahli Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk, terdetik di hati untuk berkongsi sebab musabab kenapa aku terlibat dengan persatuan alumni ini.

Maka disinilah aku lakarkan apa yang aku mahu kongsikan. 

Peluang Untuk Pulang

Sejak hari terakhir aku sebagai pelajar KMPk, aku tertanya-tanya, adakah aku akan punya peluang untuk hadir semula ke bumi bertuah ini. Lebih daripada itu, kalau pun aku hadir semula ke sini, apakah sebabnya dan apakah pengisiannya? Adakah hanya untuk berfoya-foya, bersuka ria mengenang memori lalu, berjumpa para pensyarah yang berjasa dan ke café merasa juadah lama? Kalaulah itu sahaja yang mengisi masa aku saatnya aku hadir semula ke KMPk, maka mudahnya aku klasifikasikan kepulanganku sebagai kosong. Ya. Semua orang boleh pulang semula ke KMPk di hujung minggu, melawat-lawat kawasan, berjalan-jalan ke UFO dan berselfie di padang golf. Tapi seperti yang aku katakan diatas, bagi aku, jika itu sajalah yang aku lakukan saatnya aku kembali semula ke KMPk, maka ianya kosong.


Well.. Kita tak ada monpod, so we improvise la.
Dalam pada itu, memerli mereka yang sakan bermonopod juga. :P


Aku mahu, saatnya aku pulang semula ke bumi bukit bukau subur menghijau ini, aku mampu memberi sesuatu kepada penghuninya, kepada pelajar-pelajar semasa. Aku mahu berkongsi pengalaman dan kenangan bersama mereka. Kerana memberi itu lebih baik daripada menerima. Kerana memberi sumbangan kepada bumi yang pernah berjasa kepada aku adalah suatu kepuasan pada aku.

Peluang terbesar buat mana-mana bekas pelajar untuk pulang semula ke KMPk dan memberi adalah melalui Minggu Pendaftaran Pelajar Baru, MPPB. Seminggu berkampung di KMPk, membantu pelajar-pelajar baru dalam menyesuaikan diri dengan bumi KMPk yang mencabar. Mendedahkan pelajar-pelajar baru kepada cabaran yang akan mereka tempuh sepanjang tempoh mereka sebagai pelajar matrikulasi dan berkongsi tips-tips belajar dan sebagainya.

Ianya seminggu yang penuh dengan cabaran dan dugaan, baik kepada pelajar-pelajar baru mahupun kepada AJKO(Ahli Jawatan Kuasa Orientasi) dari kalangan alumni yang membantu sebagai sukarela.
Aku sendiri sudah tiga tahun berturut-turut turun membantu MPPB, bermakna sudah tiga kali terlibat. Setiap tahun cabarannya berbeza kerana setiap batch kerenah dan keperluannya berbeza. Sesukar manapun cabarannya sepanjang seminggu MPPB, akhirnya ia bakal menjadi suatu kenangan yang terindah terutamanya AJKO dan alumni-alumni. Tak percaya, carilah dan tanyalah pada mereka yang pernah terlibat.

Mungkin perlu buat blog post khas berkenaan MPPB *lap peluh*

Mengeratkan Silaturrahim dan Meluaskan Kenalan

Sepanjang tempoh dua tahun sebagai pelajar di KMPk, sudah cukup ramai kenalan yang aku temui. Yang dari utaranya, dari selatan tanah air, dari pantai timur dari borneo pun ada. Dan kini mereka semuanya bertebaran di serata tanah air dalam usaha menuntut ilmu.  Ruang untuk bertemu mereka juga semakin tipis. Waktu sering sahaja cemburu, tidak memberi ruang untuk bertemu.

Namun, ruang itu hadir dengan penyertaan dalam program-program anjuran NGO Alumni KMPk sebagai peserta mahu pun sebagai penggeraknya. Pertama kali aku pulang semula ke KMPk(selain MPPB), adalah sebagai peserta untuk program Islamic Awareness anjuran JPP & JMM. Itupun last minit baru nak join sebab mencari sahabat-sahabat yang nak turut serta. Alhamdulillah, akhirnya dapat berkumpul semula bersama sahabat-sahabat walaupun tidaklah semua.


Alumni-alumni yang turun menyokong program Islamic Awareness.
Tak lepas peluang bergambar dengan Hafiz Hamidun.
Excited bukan main lagi. Lagi-lagi Kak Illia tu. :)




Penggerak Let's Camp 2.0 Ogos tahun lalu. It was a superb experience!


Kemudian beberapa bulan kemudian dapat pula peluang untuk menggerakkan satu program anjuran NGO Alumni KMPk bersama sahabat-sahabat. Peluang depan mata, rembat saja. Bila lagi nak bersama teman-teman dan sahabat-sahabat lagi. Let’s Camp 2.0 jadi medan kami berkumpul bersama semula disamping menambah lagi kenalan dari kalangan peserta-peserta yang terdiri dari alumni-alumni berlainan batch. Abang Pian, Abang Sam, otai-otai NGO Alumni KMPk juga turut serta sebagai peserta menambahkan lagi keseronokan sepanjang kem. Maklum sahaja, mereka gila lain macam punya(in a good way). Selain itu, bakat kempimpinan kami juga diasah sepanjang mengendalikan program tersebut.

Daripada dua program ini sahaja, sudah ramai kenalan dari kalangan alumni-alumni KMPk yang aku temui dan bersilaturrahim. The best about it adalah, sekepala. Sama-sama gila. Sama-sama sayangkan bumi KMPk.

Setakat ini dahulu untuk Part 1. Untuk Part 2, akan disambung dengan beberapa point lagi berserta ceritanya. Insyaallah. ^^


I would like to jemput anda semua ke blog one of my juniors in KMPk. 


Siaang's blog. Still new in blogging tapi entri dia superb. Yeah, nak jadi counselor kan. He got the skills. I can see it. 


Happy reading. Sehingga entri seterusnya. *peace out*









Share:

5 comments

  1. Fuhh, nice entry! makin baca, makin nk balik kmpk la pulak!
    Part *lap peluh* tu sya gelak ! hahaa :D
    Keep it up ! Can't wait for Part 2 !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm Mr. Siang :D

      Makin dibaca, makin terasa di psiko kan? haha

      Part 2 will be next week i guess. Saja lambat2. :P

      Tq again for reading. Share it lah! haha

      Delete
  2. Wise words there, Abang Noi. Your writing just gave me an inspiration to join the alumni programme. InsyaAllah, semoga usaha ini menjadi saksi di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  3. Abang Noi terbaik! Really happy to be selected as ajko for this year's batch.... though i didnt do as much as u guys did for us, it was an unforgettable memory! Thanks to Abang Noi and Badam... hahahaha.... tat ws group will nvr be the same without u guys ✌✌✌
    And im really looking forward for more alumni project.... 😀😀😀

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D