Umrah 2017 - Raudah Taman Syurga Penuh Cinta
Raudah nun jauh di depan lagi. |
Jemaah menunggu giliran untuk masuk ke Raudah.
Aku sendiri, Alhamdulillah berpeluang untuk masuk ke Raudah, solat di Raudah sebanyak dua kali. Pada hari pertama dan hari ketiga (terakhir) di Madinah. Kedua-duanya diantara jam 8 pagi ke jam 11pagi.
Pertama kali masuk ke Raudah, aku tidak berpeluang untuk terus solat kerana tiada ruang kosong. Tapi aku ingat pesan ustaz yang membimbing, kalau tak ada ruang solat, tenang saja. Biarkan jemaah lain solat dahulu. InsyaAllah nanti ada ruang untuk kita solat di kawasan Raudah.
Bagi yang tidak tahu, kawasan Raudah adalah kawasan yang berkarpet hijau. Kawasan lain di dalam Masjid Nabawi berkarpet merah.
Itulah yang berlaku. Aku berdiri hampir sepuluh minit sebelum dapat peluang untuk solat. Itupun selepas seorang jemaah yang sekumpulan dengan aku selesai solatnya. Selesai solat (hampir dihalau pengawal sebab lama sangat berada dalam Raudah), aku melalui ruang keluar bersebelahan makan nabi. Alhamdulillah berpeluang untuk sampaikan salam pada baginda.
Kali kedua memasuki Raudah. Selepas menunggu giliran hampir satu jam, akhirnya aku dapat masuk dan terus dapat solat di karpet hijau Raudah tanpa perlu tunggu giliran seperti kali pertama tempoh hari. Peluang ini aku gunakan sebaiknya untuk solat dan berdoa, memohon ampun pada Allah atas segala dosa. Aku hampir tak sedar ruang Raudah semakin kosong dan kali ini pengawal menegur aku kerana berada terlalu lama di dalam Raudah. Ramai lagi jemaah lain sedang menunggu giliran.
Ruang Raudah tidaklah terlalu besar. Kalau nak digambarkan, mungkin hanya sebesar 3 ruang parking kereta rumah teres biasa (bagi ruang Raudah lelaki). Jadi tak ramai yang boleh masuk pada satu-satu masa. Aku bertuah kerana diberi rezeki dan dimudahkan untuk masuk ke Raudah. Sedangkan pada hari pertama, aku hampir berputus asa kerana terlalu penat (kami tidak sempat berehat sejak sampai ke Madinah malam sebelumnya) dan hampir semput kerana bersesak-sesak.
Aku rindu Madinah.
Lagi gambar semasa menunggu giliran di Raudah. |
Selesai di Raudah, aku keluar dan terus tangkap gambar ni. |
Tags:
Umrah
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D