Umrah 2017 - Saf Tak Habis di Madinah






Cantik kan?

Ini antara saf yang paling belakang (paling hampir dengan pintu masuk/keluar) di Masjid Nabawi. Di kawasan ni, ramai jemaah-jemaah daripada Indonesia, jemaah yang tua-tua. Diorang suka duduk sini mungkin sebab tak larat nak berjalan ke saf depan/ruang solat utama.

Ruang solat utama yang berdekatan Raudah jauh lagi di hadapan. Jauhnya seperti merentas padang bola dan semestinya lebih cantik daripada ini. 

Kalau kita sampai ke masjid dan lihat saf belakang dah penuh dan jemaah dah mula buat saf di luar masjid, jangan khuatir. Masuk je ke dalam ruang solat utama. InsyaAllah banyak lagi ruang kosong di hadapan.

Pengalaman sendiri, hari pertama, subuh pertama di Masjid Nabawi. Pagi tu, agak lewat ke Masjid sebab baru je sampai di hotel daripada airport dalam jam 3 pagi. Selesai urusan penginapan, dah jam 4 lebih. Jam 4 lebih tu pun, kita dah boleh lihat ramai jemaah daripada hotel-hotel berdekatan mula berjalan ke menuju masjid.

Di masjid, saf luar dah mula terbentuk. Masuk je pintu masjid, boleh lihat saf belakang dah penuh dengan jemaah. Hati ni, doa pada Allah moga-moga ada tempat untuk aku solat dalam masjid subuh tu. Jadi aku yang tak tahu keadaan saf, susun atur masjid masa tu berjalan masuk tanpa arah tuju. Yang aku tahu, aku nak solat dalam masjid dan Allah akan sediakan ruang untuk aku walaupun pada mata kasar aku, masjid dah penuh sangat. InsyaAllah.

Alhamdulillah, lepas berjalan, mencari dengan agak lama, dapat juga satu ruang saf di dalam masjid. Keyakinan dan sangka baik pada Allah tu penting. Allah akan beri pada kita apa yang kita mahu jika kita yakin padaNya. Kalaupun lambat dimakbulkan doa, ianya pastikan untuk yang terbaik. ☺

Nota: Tertinggal sesuatu di Madinah. 💕

Lagi gambar di Instagram noiadin & hasnul_adin

Tags:

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D