Alumni KMPk: Ramai Nak Join MPPB Tapi Tak Tahu Bidang Tugas
















Hei hei. Aku perasan satu benda.

Setiap tahun,  selesai je MPPB, lepas upload gambar gambar dan momen momen, mulalah ramai yang teruja, teringin nak join MPPB sebagai Alumni.

Nak jadi 'abam abam' dan 'hakak hakak' kepada fasi/AJKO dan pelajar baru katanya.

Aku tertanya-tanya, kalau diorang ni tahu beban kerja yang dipikul oleh Alumni sepanjang MPPB, adakah diorang masih nak join? 

Mungkin aku kena tulis dan kongsikan bidang tugas, apa sebenarnya yang alumni buat sepanjang berada di matrik semasa MPPB. Daripada celik mata jam 6.00 pagi (kononnya) sampailah tidur semula jam 4.00 pagi (pasti).

Kau nampak je kami fun fun sentiasa, senyum tak lekang, gelak ketawa sama sama, membahan orang sana sini. Tapi disebalik semua tu, hanya yang pernah merasai, yang pernah bersama dengan aku sebagai Alumni je yang tahu disebalik gambar gambar yang hensem dan senyum yang manis tu, ada lelah yang bersarang. Mentally and physically.

Macam gambar ni, semua nampak hepi hepi je. Sekali tengok orang mungkin sangka kami baru lepas pekena teh tarik kurang gula. Baru lepas gelak gelak sembang benda best best je.

Tapi masa ni, kami baru lepas post mortem dibawah limpahan cahaya bulan. Daripada jam 12.00 tengah malam sampailah hampir ke jam 3.30 pagi. Benda yang dibincangkan pun, berat dan ilmiah bukan main. Penting untuk masa hadapan.

Life as an Alumni. 

Itulah. Nanti ada kesempatan aku tuliskan sedikit perkongsian pasal hal ni. Biar korang tahu realiti, yang tersurat dan tersirat.

Thanks team Alumni MPPB tahun ni. Jumpa lagi nanti. Aku tahu this won't be the last.

Nota: Post di Facebook.


Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D