Cinta Gitar Hitam



"Sayang suka dengar musik tak ?" 

"Suka. Mestilah suka. Tapi kenapa abang tanya?"

"Sebab abang nak mainkan satu lagu untuk sayang dengan gitar abang ni." senyum Hanif pada isterinya.
Isterinya tergelak manja. "Reti ke main gitar tu ? Selama ni tak pernah sentuh pun gitar hitam tu. Mimpi ape abang ni ? Demam ye ? Alaaah kesiannya."
"Sampai hati gelakkan abang. Abang berlatih dari kolej lagi tau. Abang niatkan khas untuk bakal isteri abang." Kata Hanif sambil memperbetulkan tune gitarnya.
"Dengarkan, khas untuk seorang isteri."
Inilah saat yang terindah dalam hidup Hanif. Dia an isteri tersenyum riang. Segalanya rasa sempurna.



Safuan: Abang Anif. Ooo abang Anif. Bangun bang, subuh dah ni.

Hanif tersentak. Matanya dibuka perlahan.

Hanif: Pukul berapa ni Wan ?

Safuan bergerak ke meja belajarnya.

Safuan: Baru enam suku bang.

Hanif: Wan dah solat?

Safuan menggeleng kepala.

Hanif:  Bentang sejadah. Jom kita jemaah.

Safuan tersenyum melihat seniornya. Berlainan sekali Hanif pagi ini. Biasanya dia liat untuk bangun subuh. 

Selesai solat subuh...

Safuan: Bang, jom baca Al-mathurat.

Hanif: Wan baca sendirilah. Abang nak keluar joging. Nak ambil angin sikit.

Pagi itu masih gelap. Cukup tenang dari keramaian. Sengaja Hanif keluar awal kerana mahu mengelak daripada pengunjung-pengunjung taman yang lain. Biasanya pada pagi hari minggu begini ramai pelajar akan turun ke taman untuk bersenam dan mengambil angin. Taman itu tidaklah sebesar mana tapi cukup indah dan mendamaikan. 

Shah: Anip!!

Kedengaran seseorang memanggil.

Shah: Anip tunggulah aku!!

Hanif menoleh ke belakang dan kelihatan Shah sedang mengejarnya. Dia tersenyum sendiri melihat telatah rakan satu kuliahnya itu. 

Hanif: Apa mimpi kau pagi ni Shah tiba-tiba joging? Selalu aku ajak bukan main banyak alasan.

Shah: Alah bukan selalu pon. Sekali sekala kena jugak turun padang.

Termengah-mengah Shah. Dia cuba mengikut rentak larian Hanif.
Kening Hanif terangkat sebelah.

Hanif: Kau ingat wakil rayat ke turun padang? Mula la tu agenda politik kau.

Kedua-duanya ketawa riang. 

Shah: Anip, jom duduk dulu. Aku dah nak pengsan ni.

Shah menarik lengan Hanif ke arah taman kanak-kanak. Kedua-dua mereka duduk di buaian. Hanif mengeluarkan phone. Masih awal. 

Shah: Diam semacam je kau ni Anip. Ade masalah ke ?

Shah dapat mengesan kelainan pada rakannya itu. 

Shah: Selalu bukan main riang ria di hari raya lagi.

Shah menyiku bahu Hanif dengan perlahan. 

Hanif: Banyaklah riang raya kau. Kau ni tahu je kan kalau aku kusut?

Hanif tersenyum seketika. Dia memandang jauh ke hadapan. 

Shah: Tak nak kongsi ke bro?

Hanif menghempus nafas perlahan.

Hanif: Kau ingatkan dulu aku pernah cerita niat aku nak mainkan gitar untuk bakal isteri 
aku.Jawap Hanif perlahan. 

Shah: Aik.. Ini kes berat ni. Kau dah nak kahwin ke ?

Hanif: Ada pulak macam tu. Bukan la bro.

Hanif menarik nafas dalam. 

Hanif: Semalam aku mimpi aku mainkan gitar untuk isteri aku.

Ketawa Shah pecah. Menarik perhatian beberapa orang di taman tersebut. 

Hanif: Shah.. Aku tumbuk jugak nanti.

Hanif mengacah rakannya itu. 

Shah: Ok.. Ok .. Sorry. My bad.

Shah dapat mengesan betapa seriusnya Hanif ketika ini.

Shah: So Anip, apa masalahnya ? It's just a dream bro...

Hanif: Untuk kau memanglah cuma mimpi. Tapi ini impian aku. Hasrat aku.

Rendah Hanif menutur. 

Shah: Benda senang la Anip. Jangan kau susahkan. Belajarlah main gitar, selesai masalah.

Geleng Shah. Dia memandang Hanif. Hanif masih termenung jauh ke hadapan.Mendiamkan diri.


Shah: Petang ni kau datang bilik aku. Aku kenalkan dengan kawan aku.


Hanif menoleh. 

Hanif: Kawan kau boleh main gitar ke ? Boleh ajar aku ?

Soal Hanif, teruja. Shah bangun dari buaian.

Shah: Boleh kot. Nanti kau tanyalah dia sendiri.

Hanif: Macam hampas je kau ni. Cakaplah betul-betul. Jangan nak kot kot dengan aku.

Shah mengatur langkah meninggalkan Hanif. 

Shah: Kalau kau nak, datang bilik aku. Kalau nak terus mimpi, pergi tidur.

Shah semakin jauh.

Hanif: Shah! Tunggulah aku!

 Hanif berlari mengejar Shah.

                                                                                                                         

                                                                                                                       Part 2

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D