Cinta Gitar Hitam [Part 5]


Hanif tersentak dengan kata-kata terakhir Iqbal. Dia memandang Iqbal berlalu begitu saja.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semester baru bermula. Hari ini keputusan ujian semester lepas keluar. Pelajar-pelajar kolej rata-ratanya gembira dengan result masing-masing. Shah juga bersyukur dengan keputusan ujiannya. Setimpal dengan usahanya selama ini. Dia dan rakan-rakan sekuliah berkongsi kegembiraan bersama-sama, kecuali Hanif. Shah tidak dapat mencari Hanif.

Shah: Aku agak dah, kau mesti ada kat sini punya.

Hanif: Hemm. Nak lecturekan aku lagi ke? Baik kau balik je la. Biar aku sendiri kat sini.

Shah: Anip, kau dah lupa ke? Kalau kau ada masalah apa-apa kau boleh kongsi dengan aku kan.

Hanif: Aku ok je. Mana ada masalah.

Shah: Hemm... Tadi semua orang share result masing-masing. Lepas tu aku perasan kau takde. Tu yang aku cari sampai kat sini. Apasal? Result kau tak ok ke?

Hanif: Biasa je result aku.

Shah: Eloklah kalau macam tu. Aku ingatkan kau gagal tadi. Risau jugak kalau kau pergi buat bende bukan-bukan pulak. It’s good to know that you’re ok. Kalau camtu aku balik dulu la. Ada apa-apa nanti contact aku.

Shah bangun dari duduk. Belum pun sempat melangkah pergi...

Hanif: Aku gagal Shah. Aku gagal semester lepas.

Shah: Ya Allah. Kau biar betul Anip.

Mata Hanif berair...

Hanif baru saja selesai melakukan persembahannya di salah sebuah cafe di bandar. Di belakang pentas...

Zaki: Hanif, great show. Semua orang puji. Ada orang nak jumpa kau kat depan. Jom.

Hanif: Yeke? Jap aku letak gitar dulu.

Zaki: Jom cepat.

Gitar yang menjadi temannya sejak kali pertama menerima undangan persembahan itu diletakkan di belakang pentas. Dia dan Zaki bergerak ke bahagian depan pentas. Mereka berjumpa dengan seorang yang menyatakan hasrat untuk mengambil Hanif sebagai artis di sebuah syarikat rakaman. Hanif gembira tidak terkata dengan tawaran tersebut.

Selesai berbincang Hanif ke belakang pentas untuk mengambil gitarnya...

Hanif: Zaki, kau ada nampak gitar aku?

Zaki: Hah?

Hanif: Gitar aku. Gitar aku ada kau nampak tak? Mana gitar aku?

Zaki: Kau letak mana gitar tu tadi?

Hanif: Aku letak sini la. Tadi sebelum pergi jumpa orang tu. Sekarang dah tak ada. Mana perginya? Mahal gitar tu.

Zaki: Ada orang terambil kot. Nanti jumpa la tu.

Hanif: Mana boleh terambil. Gitar aku hilang la. Mesti ada orang curi ni. Tolong la aku cari. Zaki!! Gitar aku!!

Zaki: Hish kau ni. Bising la. Gitar je pon. Beli la baru. Habis cerita. Dah la, banyak lagi kerja aku daripada nak cari gitar kau. Cari la sendiri.

Hanif: Zaki, tolong la. Zaki.

Hanif ditinggalkan terpinga-pinga seorang diri oleh Zaki. Dia masih mencari gitarnya. Merata cafe dicarinya tapi gitar miliknya itu masih tidak ditemui.

Keesokan harinya Hanif pergi menemui Shah dibiliknya...

Hanif: Shah, apalah nasib aku ni. Mula-mula gagal exam. Lepas tu gitar aku hilang. Mahal gitar aku tu. Lama aku simpan duit nak beli.

Shah: Entahlah Anip, benda dah nak jadi. Apa kita boleh buat. Tapi ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Lambat laun kau akan nampak jugak hikmahnya. Betul tak Jat?

Aizat: Insyaallah Anip. Allah tak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu hambaNya tanggung. Ini semua ujian. Bukan untuk awak je Anip, tapi untuk kita semua. Ada hikmahnya. Ada jalan keluarnya.

Hanif: Hikmah apanya Jat, Shah. Aku gagal. Gitar hilang. Aku tak nampak hikmahnya. Aku tak nampak jalan keluarnya.

Shah: Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Lagipun pointer kau tu cukup untuk mohon repeat sem kan? Just repeat satu semester lagi, tapi kali ni belajar betul-betul. And if you need any help, aku ada. Elok jugaklah gitar ku tu hilang. Boleh kau tumpu belajar pulak. Asyik berkepit je dengan gitar tu.

Hanif: Susahlah Shah. Aku serabutlah. Nak mohon repeat lagi. Nak kene belajar masuk kuliah yang sama balik. Aku tak sanggup. Aduh. Serabut. Lagipun aku dah janji dengan member aku untuk perform untuk majlis yang dia organize hujung minggu ni. Aku mana ada gitar.

Shah: Tak boleh cancel je ke show tu? Time camni pon kau nak utamakan show kau tu.

Aizat: Tentang gitar tu tak ada masalah. Ni, gitar hitam saya ni awak pinjamlah. Tapi ada syaratnya Anip.

Hanif: Pinjam gitar pun ada syarat? Ok fine. Aku janji aku jaga betul-betul. Lepas pakai aku pulangkanlah.

Aizat: Bukan itu syaratnya.

Hanif: Habis tu?

Aizat: Syaratnya, show kali ni will be the last show for now. Lepas show hujung minggu ni, awak kena stop perform. Tumpu belajar pulak.

Shah: Great idea Jat. Syarat yang bernas. Terbaiklkah. Amacam Anip? Boleh?

Hanif: Hurrmm. Sampai macam tu sekali korang. Bukannya ikhlas nak tolong aku. Bersyarat segala bagai.

Shah: Tak mau sudah. Pergi serabut sorang-sorang.

Hanif: Alrite. Alrite. Aku terima. Tapi janji kau tolong aku Shah. Janji?

Shah: Aku takde hal. Satu syarat lagi. Esok pagi-pagi follow aku.

Hanif: Apa pasal pulak syarat lagi? Nak pergi mana?

Shah: Pergi mohon repeat kau tu la. 


PART 4                                                                                                             PART 6

Share:

4 comments

  1. jln cerita y mnarik...bley pnjgkn lagi ni cenoi...

    ReplyDelete
  2. masih freshie dlm penulisan cerita.. so, mmg byk yg kena baiki.. insyaallah..
    thanks anyways =)

    ReplyDelete
  3. teruskan berusaha menulis karya . ada tarikan semberani di sini ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. ^_^
      insyaallah akan terus usaha. thanks..

      Delete

Komen anda adalah di hargai :D