Sapu muka selepas bagi salam ketika solat ...

Satu lagi permasalahan dalam solat di hari  ini, sapu muka selepas memberi salam ketika solat. Perlu ke ? Jawapannye ...

Sebenarnya perkara ini dilakukan baginda ketika dahulu adalah kerana baginda menyapu muka untuk membuang pasir pada muka seusai melaksanakan solat. Namun pada pandangan masyarakat hari ini ia seolah-olah salah satu perkara harus solat.

Dalam syarak pon tidak tersebut perkara ini. Artikel ini boleh menjelaskan segalanya;

Punca khilafnya sudah dikenalpasti. Ia berpunca dari hadis yg dikeluarkan oleh Tabarani dan Ibn alSunny (Dha'ef menurut Imam Syawkani, Nailool Awthor, 2/346) Ia juga berasal dari hadis keluaran Abu Daud, Termudzi, Ibn Majah, Ahmad dan Tabarani," jika salah seorang kamu berdo'a, kemudian mengangkat tangannya, maka sesungguhnya Allah menjadikan kedua tangan tadi barokah dan rahmat, dan Allah tidak akan menolak kedua tangannya sampai diusapkan kepada wajahnya." hadis in juga dha'ef menurut Syawkani & alHafeedz Ibn Hajar.

Aliran salafiya yg menyeru kepada mengikuti ajaran salaf mencela kita melakukan sesuatu amalan yg tidak ada asalnya dari salaf, namun jalan tengah ialah kita toleran dgn amalan yg popular ini kerana ia mutawatir (dilakukan orang banyak) dan jika mencegahnya dgn keras maka mereka akan menjadi bingung dan berselisih. Kita toleran dalam bid'ah yg kecil-kecilan yg tidak menyentuh akidah dan wajibat atau muharramat, maka amalan ini tidak perlu kita ributkan. Saya sendiri pun amalkan kerana sudah menjadi tabi'at atau malakah (darah daging sejak kecil) dan sukar sekali menghindarinya. WA


Semoga kita tidak lagi terus tenggelam dalam perkara2 yg berlandaskan bid'ah ini,
SALAM BUAT SEMUA

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D