Perlu ke, tadah tangan sewaktu doa dalam khutbah Jumaat?
Salam buat sahabat2. Post ni hanya sekadar nak kongsi ilmu je. Moga2 bermanfaat sepenuhnya kepada kita semua, lebih2 lagi muslimin2 di luar sana.
Baiklah, buat semua muslimin2, tolong jawab soalan ni. Apakah keperluan kita menadah tangan sewaktu doa di bacakan oleh khatib ketika khutbah kedua? Pernah tak korang fikir, kenapa ada imam yang menadah tangan dan ada imam yang tak menadah tangannya? Perkara ni pernah berlaku di depan mata aku sendiri dan aklhirnya aku tertanya2, kenapa ? Oleh itu, mari kita tambahkan ilmu di dada kita ni.
Umumnya, mengangkat tangan ketika berdoa' ini sunnah. Ini berdasarkan hadith Nabi saw, sabdanya :
"Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia, apabila hambanya mengangkat tangan kpadanya, ia tidak akan menolak dengan tangan kosong" - Riwayat Al-Tirmudzi no: 3556, dikelaskan sebagai Sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Tirmudzi.
Akan tetapi, mengangkat tangan semasa berdo'a didalam Khutbah Jumaat bagi Khatib bukanlah sunnah untuk mengangkat tangannya. Ia hanya disunnahkan menunjuk dengan menggunakan jari telunjuk. Malah para sahabat mengutuklarang khatib mengangkat tangan ketika berdo'a.
Imam Muslim (874) dan Abu Daud (1104) telah meriwayatkan :
"dari 'Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah : apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata :'Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya' dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya."
Imam Al-Nawawi mengatakan :
"Ini menunjukkan bahawa adalah sunnah TIDAK mengangkat tangan semasa berkhutbah dan ia adalah pandangan Malik dan yang lain-lain."
Ma'mum juga tidak digalakkan mengangkat tangan semasa Khatib membaca do'a, kerana ma'mum mengikut Imam.
Akan tetapi jika Imam berdo'a agar diturunkan hujan pada hari Jumaat semasa beliau diatas mimbar, maka adalah menjadi sunnah mengangkat tangan dan begitu juga keadaan ma'mumnya, disunatkan mengangkat tangan.
Beberapa ulama' mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan orang-orang yang bersolat mengangkat tangan mereka bagi mengaminkan do'a Imam, dan disebut oleh Ibnu Abidin (Khaasiyah Abidin 11/143), sesungguhnya jika mereka melakukannya maka mereka dosa keatas yang sahih
Begitu jugalah halnya kepada mereka yang mengangkat tangan mereka tatkala Imam duduk diantara 2 khutbah.
Berdo'a didalam Khutbah Jumaat adalah disyara'kan thabit dari Nabi saw dimana ia mendoa'kan keatas mu'minin dan mu'minat. Didalam Fatwa no:6396, Faatwa Lajhah Daa'imah LilBuhtuth Al-Ilmiyah wa Al-Ifta' (8/233) mengatakan bahawa menyebut 'Amin' pada do'a tidaklah mengapa
Kesimpulannya ialah mengangkat tangan untuk berdo'a semasa Imam duduk antara 2 khutbah dan juga semasa Imam membaca do'a tidaklah terdapat didalam syara', malah ulama' mengatakan ia adalah perbuatan bid'ah. Do'a boleh dibaca pada masa Imam sedang duduk diantara 2 khutbah dengan secara perlahan (sir) tanpa mengangkat tangan dan 'Amin' boleh dibaca secara perlahan semasa Imam membaca do'a.
Rujukan; Soal Jawab Doa dan Zikir
qazikirdandoa.blogspot.com
2 comments
nice . baru tahu :) trima kasih atas pngkosian ilmu :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKomen anda adalah di hargai :D