Nak siar Berita ke, nak siar hiburan ...
Bad mood ...
Hari ni, syukur la dari pagi semuanya lancar ... Keluar umah atas beberapa urusan dan balik runah mmg niat seberapa segara nak on9 ntuk baca brita2 n artikel2 tntg Konvoi Keamanan ke Gaza Yg Diserang oleh Pasukan Komando Israel.
Sampai je rumah mula2 mmg on9 for about a few minutes sebelum tgk brita kat tv jam 1 td. Memang ada di siarkan brita2 tntg serangan keatas konvoi ke Gaza tersebut. Laporan demi laporan disiarkan mengenai serangan tersebut. Tapi yang paling tak patutnya adalah sejurus je habis laporan tntg serangan tersebut, trus je iklan lagu2 yang berunsur hiburan. Hati aku terus panas je.
Mana tak nye, pastinye semua yang menonton laporan berita tersebut pada ketika itu akan sedar kembali dan teringat bahawa Israel sememangnya kejam dan langsung tiada belas kasihan terhadap umat islam. Namun semua itu pasti akan dilupakan apabila hiburan disiarkan. Manusia mana yang tak tergugat dek hiburan. Kalau yang sedar tu, Alhamdulillah. Tapi bagaimana dengan yang terlupa terus dan hanya teringat kembali bila tengok berita malam plak.
Memang tak patut la kan. Perkara macam ni la yang menyebabkan umat islam hari ni terus hanyut terlupa daratan. Sogokan hiburan yang terlampau menyebabkan perkara2 berkenaan agama dan dunia, lebih2 lagi yang berkaitan dengan umat islam diketepikan. Sebagai rakyat biasa kita hanya mampu berkata2 sahaja, paling tinngi pon, memorandum kot. Haha.
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D