Bahagian yang paling elok dan buruk

11:59 AM Hasnul Adin 0 Comments


Pada suatu hari, seorang wanita tua telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim. Wanita tersebut kemudian berpesan supaya disembelih kambing tersebut dan berikanlah kepadanya bahagian yang terburuk daripadanya untuk dimakan. Setelah disembelih, Luqman mengirimkan hati dan lidah kambing kepada wanita tersebut.
Beberapa hari kemudian, wanita tersebut sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan supaya disembelih kambing tersebut. Dia berpesan lagi supaya dikirimkan bahagian yang terbaik dari kambing tersebut. Setelah disembelih, Luqman sekali lagi mengirimkan hati dan lidah kambing kepada wanita tersebut.
Lalu wanita tersebut bertanya kepada Luqman mengapakah dikirimkan hati dan lidah apabila diminta dikirimkan bahagian yang terburuk dan bahagian yang sama juga apabila diminta dikirimkan bahagian yang terbaik. Luqman menjawab bahawasanya hati dan lidah amatlah baik ketika ia baik dan menjadi buruk apabila keduanya buruk.
Mendengar jawapan tersebut, mengertilah wanita tersebut akan maksud Luqman. Hati dan lidah adalah kunci segala kebaikan dan juga ibu bagi segala kejahatan serta kenurukan.

You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.