Rahsia Sambutan 10 Tahun Alumni

Let me tell you a little secret.

Sambutan 10 Tahun Alumni yang dirancang awalnya cuma satu sambutan kecil kecilan yang patutnya dihadiri oleh geng kita kita je. Takda VVIP, takda VIP, takda hiasan dewan yang gegempak, takda sakit kepala mengganggu prestasi. Cuma alumni alumni yang rapat je.



Kenapa awalnya dirancang macam tu?

Antaranya sebabnya adalah gerak kerja yang bermula lambat. Juga berpunca daripada kebergantungan kepada aku yang tiba tiba masuk hospital. Semuanya bersangkut paut. Nak cerita secara detail, takut jadi drama bersiri.

Tapi alhamdulillah. Hasil gasakan daripada HEP, we were reminded that Alumni KMPk sebenarnya mampu untuk make things happen walaupun sesukar mana keadaannya. Last minit ke, tak ready ke, tak cukup tenaga kerja ke, Alumni KMPk will always deliver greatness and goods.

Much of the reason for it adalah kesungguhan dan kegigihan para AJK dalam merealisasikan idea. Disamping ketua ketua aktiviti  (Erny, Ayna, Na Nad dan Jannah) yang sentiasa all out dalam memastikan hasil yang terbaik dalam semua perkara. Ditambah dengan bantuan dan sokongan para pensyarah yang sama sama nak lihat persatuan ni gah dalam setiap perkara.

Semasa persediaan program di kolej, aku tak buat apa sangat pun. Lebih banyak pada pantau je, susun apa yang patut, perbetulkan itu ini dan update perubahan terkini aktiviti yang berkaitan pengurusan kolej kepada AJK semua.

Paling seronok bagi aku adalah masa semua pakat cari aku untuk terima atau reject kerja depa. Berapa ramai yang kena reject kerja depa dan kena ulang balik daripada awal. Benda sekecil-kecil tak betul saiz font pun aku akan pertikai dan suruh betulkan. 

Tapi rejectlah banyak kali pun, depa akan buat sampai betul. Depa usaha sampai dapat yang terbaik. Sebab tu lah program kali ni berjaya.

Gimik Get to Know, siap jam 8.00 malam. Jam 9.00 program nak start dah. Aku ingat lagi time Maghrib tu ada aku, Banip, Ilya, Hamka, Amirul dok betulkan setup Gimik. Kat pintu masuk dewan, Adam dengan yang lain tengah setup photobooh Instagram Alumni tu. Tiba-tiba Ahan dengan Syanan semua mai bawak kek lapis. Terus aku sambar, pi suap Adam, suap Ujang, suap Banip sebab tau memasing lapar. Walaupun tu patutnya makan untuk VIP, tapi peduli apa. Ada makanan lain. Kahkah!

Hi-Tea tu, peserta dah sampai pun kita masih dok betulkan itu ini. Banip dengan Ilya dok siapkan setup gimik. Aku dengan En. Aris dan En. Firdaus dok kalut cari lagu untuk gimik. Arman kalut final cek keadaan dewan. Alih alih Aizu, Banip, Ilya turun pakai baju TAG je sebab tak sempat nak tukar baju proper.

Semuanya nampak macam kalut, kan? Nampak macam tak ready. Tapi akhirnya alhamdulillah berjaya.

Aku pernah cakap kat Aizu dulu, kita alumni ni kalut macam mana pun preparation, ketum macam mana pun keadaannya, tunggu time program, InsyaAllah mesti semuanya okay. Mesti semua elok. Macam magic. Tapi itulah realitinya. Sejak 2014 dok join alumni ni, tak ada pun satu program yang macam aku nampak seratus peratus sedia. Mesti ada kurang sana sini. Yang buat kita berjaya dan nampak gah adalah hasil sumbangan tenaga dan komitmen semua alumni, semua AJK yang terlibat.



Daripada yang dah busy sebelum program lagi macam team setiausaha (Mak dan Afiq), team Get to Know, AJK cenderahati (Yus) sampailah ke team Hi-Tea (Yang diketuai Erny) yang paling pening kepala cuba merealisasikan idea perhiasan walaupun akhiranya kena reject, semuanya adalah hero sebenar keberjayaan program Sambutan 10 Tahun Alumni KMPk yang takkan disambut dah lepas ni.

Berbanggalah semua. Koranglah yang berjaya memastikan Alumni KMPk kekal sebagai alumni matrikulasi terbaik. Terima kasih tak terhingga pada semua. Tanpa komitmen korang, tak ada lah sambutan kali ni.



Moga Allah balas jasa dan pengorbanan semua dengan kebaikan, keberkatan dan kemudahan dalam semua perkara!

Satu je nak pesan. Walaupun lepas ni group Whatsapp program tu akan perlahan-lahan sepi dimakan waktu, sorang sorang akan mula left, satu demi satu notifikasi akan diabaikan, aku harap kita masing akan jumpa lagi di program seterusnya. Jangan lupa susah senang bersama kali ni. Kenangan tu sekali je kita rasa. Terus bersama keluarga alumni ni ya.

"Bersama Menabur Bakti"

#10tahunalumni
#kmpkdihatiku
#teamrindukmpk





Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D