Bukan Harijadi Aku, Tapi Takpalah
Pertama, buat yang terpinga-pinga dan masih tak tahu cerita sebenar, chocolate bouquet ni depa bagi bukan sebab hari tu birthday aku. Birthday aku bulan Ogos ya. Kesian kome main ikut je depa nyanyi lagu happy birthday hari tu.
Kedua, aku masih tak tahu siapa mastermind nak buat benda ni dan aku rasa biar je lah rahsia sampai aku mati. Malas nak fikir. Nanti koyak pulak ittew. Tapi krew yang terlibat, dah tahu dah. Depa kantoikan diri sendiri. Haha!
Ketiga, rupanya chocolate bouquet ni depa cadang nak bagi ke aku time hi-tea. Plan tak jadi sebab Aizu tiba tiba hilang. Lepas tu depa blur tak tau nak proceed macam mana. Makanya, depa hold dulu dan bagi time malam selepas forum je.
Nasib baiklah pun tak jadi bagi time hi-tea. Kalau aku koyak time tu macam mana? Kome nak tanggung ke? Aduhhh. Dah la ada pensyarah, pengarah semua. Mujur betul. Mujurrrr.
Apa apa pun, terima kasih pada semua yang terlibat dalam nak setup suprise ni. Aku time hi-tea tu ada la dok risau kalau kalau kome buat benda camni. Tapi tak fikirkan sangat sebab tumpu benda lain je. Rupanya betul ada. 0-1 disitu, guys. Tak mengapa.
Cumanya, persoalan yang bermain di minda aku - bukan ke biasanya orang bagi suprise camni time majlis perpisahan? So, adakah ini hadiah dan penghargaan untuk perpisahan aku? Adakah kini ku diredhai? Hahaha!
Terima kasih atas keketuman kome ni. Kurang hajor ya kome. Jenuh aku kawal diri takmo koyak malam tu. Adam naik risau dah. Nasib baik ada Ujang tempat aku nak cover cover.
Aku rasa coklat coklat ni sampai tahun depanlah gitu je. Aku mana boleh makan sangat benda manis manis ni. Aku sendiri pun dah cukup manis. Hiks.
Terima kasih Ahan tolong rakamkan. Never in my life something like this happens to me. To have it recorded is special. Thank you ahan (musalman @ hanipah).
#10tahunalumni
#kmpkdihatiku
#teamrindukmpk
Tags:
Alumni KMPk
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D