Alumni KMPk Tak Sempurna
I've said it before. We were never perfect. And I promise you, we will never be.
"Hang risau apa?"
"Risaulah, takut banyak benda tak jadi. Ni plan camni, tak takut ke tak sempat nak run?"
Aku faham sangat apa yang dirisaukan. Program besar. Progress yang sangat slow. AJK pun tak habis setup lagi. Idea tak habis fikir lagi nak buat apa. Nak buat camni, risau itu. Nak buat camtu, risau ini.
Aku yang jadi tempat rujukan pulak terlantar kat hospital. Dengan gaya macam nak kena rehat for a long time Semuanya nampak macam hopeless.
"Aizu hang berapa lama dah join alumni?"
"Hemm..."
"Hang tak perasan ke kita ni preparation sebelum program tu mana ada yang elok. Semuanya mesti blurry dan ketum. Semuanya mesti last minit baru ada progress."
"Tahu..."
"Jangan risau teruk teruk sangat. Buat je preparation yang patut, yang mampu. Aku yakin, semuanya okay nanti. Aku percaya kita ada team yang akan pastikan semuanya okay nanti. Aku ada. Adam ada. Erny, Opah semua ada. Kita buat sama sama bagi jadi."
Waktu berjalan. Program makin dekat. Aku terpaksa left group program. Selain daripada sebab ada yang push aku untuk tumpu pada rehat dan recovery, tindakan aku left group tu adalah untuk berikan ruang pada semua AJK untuk bergerak tanpa pantauan aku. Mungkin kurang tekanan dan pantauan akan lajukan progress program.
"Orang sini cakap camni, orang sana cakap camtu. Saya tak tahu nak ikut yang mana..."
Aizu datang mengadu. Mulalah aku masuk gear pakar motivasi ni.
"Pengarah program, ketua, tak boleh takut dengan masalah. Lagi lagi masalah yang belum ada."
Aku sambung lagi...
"Ya, sebagai ketua, kena fikirkan, kena jangkakan apa kemungkinan yang boleh jadi. Tak kiralah yang baik atau buruk."
Kalau tanya aku, walaupun kita dah expect worst things to come, bila fikirkan masalah yang mungkin boleh jadi, jangan sampai kita naik takut dan tak boleh gerak terus. Sebaiknya fikirkan penyelesaian. Dan terus buat keputusan yang kita rasa terbaik buat masa tu. Gerak kerja kena diteruskan.
"Dan paling penting, ketua kena optimis dan positif." Aku akhiri bebelan.
Yang tak duduk diatas mungkin tak tahu tekanan yang ada. Daripada sebelum program membawa ke persediaan di kolej sampailah ke hari kejadian. Aku ada dengan dia daripada awal. Aku tahu macam mana susahnya dia nak gerakkan program ni. Ditambah dengan tanggungjawab di universiti lagi.
Tapi Aizu ni antara yang paling boleh harap, lagi lagi kalau program besar macam Sambutan 10 Tahun Alumni ni.
Kalau dia tak ada, aku sendiri boleh kena darah tinggi. Itulah sebabnya bila dia kata maybe tak boleh turun sebab suspek denggi, aku terus serabut kepala. Nasib tak petak bebetul je. Tapi alhamdulillah semuanya okay.
Alumni KMPk ni adalah satu platform untuk belajar sebenarnya. Belajar how to lead, belajar pengurusan program, belajar persediaan majlis dan macam macam lagi.
Entah berapa ramai dah yang dapat manfaat dan pengalaman sebab join program program kita. Ada yang sampai ke hari ni masih berterima kasih ke aku sebab beri peluang ke depa dalam alumni dan percaya ke depa.
Dan oleh kerana ianya platform untuk belajar, ianya tak akan pernah capai maqam sempurna. Tak ada program kita yang akan sempurna persediaannya. Tak ada program kita yang tak akan ada cacat celanya.
Tapi melalui pengalaman dan rasa percaya, kita tahu at the end of the day, Alumni KMPk akan perform. We will deliver greatness and goods. Apa je masalah datang, kita boleh handle.
Kita semua turun dengan mind set kita nak give back to the college. And we will absolutely give only our best. So kita usahakan, di setiap program to deliver only our best. Walaupun our best tu kadang kadang ada flaws dia. Hiks.
Tapi tak mengapa. Nobody's judging after all.
My wish is for this organization keeps giving opportunities untuk alumni belajar dan kenali potensi diri. Juga supaya persatuan ni grow even bigger and better. And for that to happen, let's stay together.
Tags:
Alumni KMPk
1 comments
Good Luck Noi di tempat baru
ReplyDeleteMoga beroleh kecemerlangan dan rezeki yg melimpah ruah..Amin
Komen anda adalah di hargai :D