Meeting Pertama Program Alumni


Tengok balik gambar masa meeting/perjumpaan pertama semua AJK ni, aku teringat macam mana aku dilema samada nak adakan perjumpaan kat LH ataupun kat bilik JPP je.

Yelah, AJK semuanya ada dalam 80 orang. Ramai tu nak muatkan dalam bilik JPP ni.

Aku rasa LH tak sesuai nak buat perjumpaan pertama dengan AJK sebab kat LH nanti tak akan ada rasa 'dekat' sesama kami atau dalam kata lain, akan ada jurang antara aku yang lead perjumpaan dengan AJK yang hadir. Aku nak, antara aku dengan AJK, rasa yang kita semua ni sama je.

Sebab tu akhirnya, aku tetap gunakan bilik JPP je walaupun agak bersesak sampai aircond pun langsung tak rasa dah.

Penting untuk 'jurang' tu tak wujud supaya masing masing boleh datang ke aku, untuk rujuk apa apa perkara, nak sembang sembang minta pendapat ke dan paling penting supaya semuanya rasa welcomed. Lebih lebih lagi yang pertama kali jadi AJK program alumni ni.

Sedakar welcoming them di group WhatsApp tak mencukupi. Bila di depan mata, perkara sama kena buat. Alhamdulillah aku rasa malam tu, kita dah buat yang terbaik dalam welcoming everyone and make them rasa selesa dan diterima baik.

Bila meeting di bilik JPP ni, antara benda yang wajib aku buat adalah; pertama - aku akan minta meja meeting dikosongkan dan dibersihkan dahulu. Semua botol air ke, plastik makanan tapau ke, letak tempat lain dulu. Segala beg laptop ke, beg baju ke letak bawah meja.

Laptop dan alat tulis sahaja dibenarkan. Itupun laptop tu, segala wayar kena kemaskan. Tak mahu serabut serabut melintas atas meja. Ini bukan highway.

Bila meja clear, kemas barulah meeting boleh mula.

Kedua - kedudukan lelaki dan perempuan kena tetapkan supaya tak bercampur aduk sangat, supaya masing masing boleh duduk dengan selesa. Ya, nampak cam benda basic dan lawak je kena tetapkan. Tapi kalau tak tetapkan, nanti ada yang tak selesa dalam meeting. Bukan semua orang fikirkan 'halal gap' ni.

Kebajikan dan keselesaan semua harus dijaga. Itu hak mereka. Ini tanggungjawab yang lead.

Ketiga - bagi depa senyap sendiri dulu, baru aku akan mulakan meeting. Ya, faham. Ada yang tak pernah masuk bilik JPP. Jadi perak kejap. Ada yang tak sempat nak membawang lagi. Masuk bilik JPP, barulah dapat nak angkat pisau dan kupas satu demi satu isu. Kita memahami. Jangan risau.

Jadi selalunya aku akan duduk dulu kat kerusi depan sekali tu dan bila memasing dah waras dan sedar meeting nak mula, bila memasing senyap, barulah meeting akan mula.

Meeting kali ni, seramai 70 ke 80 orang AJK sekaligus, aku tak mampu nak kenal dan entertain semua sekali sebenarnya. A set back that I'm not proud of. Dalam keadaan aku yang nampak macam okay tapi sebenarnya masih nak recover, aku terpaksa mengalah. Tak mampu nak fokus pada semua orang. Nasib baik Aizu ada, back up aku bila perlu.

Begitulah sedikit sebanyak yang aku boleh share. Meeting pertama setiap kali turun program ni penting untuk susun gerak kerja sepanjang persediaan program. Penting juga untuk suai kenal satu sama lain.



Tapi lagi penting adalah untuk pastikan semua AJK yang turun ni rasa welcomed dan belonging to the persatuan. To the family.

Satu yang aku harap, the ones leading meeting meeting akan datang, cubalah teruskan any good initiative yang dah ada sekarang dan topup with more good ones.

#teamrindukmpk

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D