Dua Cara Aku Jaga Kebajikan dan Bonding dalam Alumni


So I was asked, how do I manage to jaga kebajikan dan bonding with alumni alumni semua yang ada dibawah (bersama) aku.

Terus pada jawapannya. Ada 2 cara/benda yang aku buat.

Pertama adalah personal touch.

What is personal touch?

Pada aku personal touch ni adalah the small small things, the small touches you do or you take towards others. And benda ni subjektif sebenarnya. Lain orang lain caranyalah kot. Tapi yang penting, objektifnya sampai, iaitu - to stay connected with the other person dan to make them feel comfortable with us.

Dalam situasi geng alumni yang kita semua ni duduk jauh daripada satu sama lain, aku buat personal touch aku melalui WhatsApp.

Kalau dalam situasi kerja pejabat, mungkin caranya adalah dengan tegur bila selisah, sembang kosong time rehat atau buat lawatan amal dari meja ke meja.

Tapi di Whatsapp, bendanya mudah je. Tengok story Whatsapp depa, if you can use it to your benefit for personal touch, maka silakan reply.

Tengok story depa up pasal Si Nopal, ko replylah 'ehekkk' ke. Atau kalau depa asyik up story makan kat tempat memahal dan tiap minggu tengok wayang je, ko replylah 'wahhh orang kaya!!!'.

What ever reply that can trigger dan excites them. Make it a fun interaction between you guys.

Tapinya, kena ingat dalam nak reply tu kenalah kenalpasti dulu, cara atau pendekatan tu sesuai ke tak dengan orang yang nak ditegur.

Sesetengah orang boleh dibahan. Sesetengah tidak. Ada pulak yang lebih elok dan sesuai kalau kita tanya khabar je. Ada yang kena tunjuk macam kita ambil berat. Ada juga jenis yang mana mana pun boleh.

Lain orang, lain pendekatan yang diperlukan.

Kadang tu, a simple reply of "eh macha!" pun dah cukup to stay connected. Lagi lagi kalau macha tu dah lama tak turun program.





Kedua, show support and give them what they need.

To do this, langkah pertama adalah get to know them. Tak kisahlah macam mana nak ambil tahu tu, tapi once you get the information you can use it to your benefit to help them.

Aku pernah bantu yang ada masalah kesihatan mental.

Aku pernah bantu alumni yang ada masalah kewangan.

Masalah tak reti nak guna Microsoft Words.

Yang masalah in relationship pun aku pernah bantu.

Jenis koyak non stop je aku tak tau lagi nak tolong macam mana. Ehek.

These friends of mine, exectly how I helped them, itu antara aku dengan depa. Tapi yang pasti, semuanya bila dah aku bantu, secara semulajadinya it increases the trust between us. Dan akhirnya it becomes what you see the bonding yang helok tu la. Kot.

Another thing I want to add is, personal touch also creates rasa dihargai. Tanpa rasa dihargai, people will automatically fell apart from each other. Relationship will fall. Organizations won't be able to function.

Benda ni semua juga ada kaitan dengan laverage. Maybe it'll write about that next.


Soalan pasal overcome masalah orang tak puas hati tu aku jawab in next post.

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D