Alumni KMPk: Yang Ada Pengalaman Saja Faham Tahap Penat MPPB
Nampak teruk dan penat sangat ke bila aku up status ni semalam?
Aku (saya?) okay je. Semalam tu tulis untuk self-theraphy je. Menulis memang antara cara aku memulihkan diri, rohani, jasmani dan emosi. Tapi semalam, nak tulis panjang panjang, badan tengah penat dan aku tak sempat. Jadi, aku tuliskan kesimpulan je. Mudah, kan?
Marilah aku kongsikan sedikit fakta dan cerita/pengalaman Minggu Pengurusan Pelajar Baharu 2017/2018 ni.
Jumlah pelajar yang mendaftar semalam adalah seramai 2100 orang (lebih kurang). Manakala jumlah AJKO yang berperang di kolej tahun ni ada 90 jiwa sahaja. Dibantu oleh 9 orang Alumni serba boleh. Bandingkan jumlah tersebut. Betapa besarnya beban kerja kali ni.
Tahun ni pula, MPPB kena pada bulan puasa. Jadi faham sendirilah tahap penatnya macam mana. Lagi lagi yang menjaga keselamatan. Berpuasa, berpanas, berpenat lelah menjaga lalu lintas kolej sepanjang sesi pendaftaran berlansung.
Lebih kurang jam 10.00 pagi semalam kami dapat makluman, kesesakan lalu lintas nak ke KMPk dah sampai ke pekan Gopeng. Siap masuk radio lagi. Lain macam tahun ni. Lain macam.
Aku sendiri keluar rumah jam 5.30 pagi. Pulang pula jam 6.00 petang. Kerja aku? Back up unit keselamatan dan unit unit lain yang memerlukan. Kau mungkin kata sekadar back up, apalah sangat. Kau silap. Tengok semula jumlah pelajar. Kalau setiap keluarga bawa dua buah kereta, berapa banyak kenderaan kami kena handle?
Jadi memang all out bantu keselamatan. Sampaikan petang, jam 4 di dewan, aku terpaksa larikan diri dan rehat di bilik VIP semasa taklimat. Selalunya semasa taklimat aku akan berada di pintu masuk dewan, memantau keadaan AJKO dan bersedia untuk menguruskan apa apa hal berbangkit. Yang mana rapat dengan aku, akan perasan benda ni. Macam Adam. Kali ni, aku tak mampu bertahan.
Tambah lagi sebelum taklimat tu kena buat kerja kerja luar bidang tugas atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi, fahamilah.
Aku tulis coretan ni pada jam 3.00 pagi di Bilik JPP bersama Ketua AJKO dan Ketua Unit LDK. Teman diorang selesaikan kerja yang baru dapat sebelum berbuka.
Sesiapa yang pernah jadi AJKO, mana-mana Alumni yang pernah turun bantu MPPB tahu yang berjaga malam dan tidur lewat tu perkara biasa. Tidur jam 2.00 pagi, 3.00 pagi tu perkara biasa. Tidur lewat. Lepas jam 5.00 pagi dah kena start bertugas.
Penat? Memang penat. Siapa yang tak penat. Tapi itulah. Nama pon sukarela. Jadi kena bersedialah untuk berkorban demi menjalankan tugas. Korbankan tidur, makan tak kena masa, rehat merata-rata tempat.
Pengalaman bertugas semasa MPPB ni tak semua merasa. Yang dah rasa, mesti ada keinginan nak turun semula. Itulah yang jadi kepada aku. Sampai sekarang masih bertahan. Sampai bila, aku tak tahu. Ini tahun ke 6. Aku pernah target nak turun 10 kali MPPB. Haha. Entah akan capai ke tidak, tuhan je tahu.
AJKO Padu!
Nota: Post di Facebook.
Tags:
Alumni KMPk
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D