Alumni KMPk: Pengorbanan Para Alumni





Utmost respect pada rakan-rakan Alumni yang bersama-sama saya sepanjang MPPB haritu. 

Aku nak korang tahu, setiap seorang daripada Alumni yang turun haritu ada korbankan sesuatu untuk berada di KMPk. Baik yang balik awal ataupun yang stay sampai habis.

Ada Alumni kita, Isnin ada paper final exam tapi sanggup datang dan bantu team building. Sabtu petang baru balik ke Uni di Melaka. Ada yang Isnin dok ada kelas, Ahad pagi berkejar ke stesen kereta api.

Ada yang memang dah reserve siap-siap cuti untuk turun ke KMPk. Sekejap je dengan family. Lepas tu terus berkampung di KMPk.

Seorang ni buat buat macam takda kelas. Buat relaks je, muka keras macam tak ada apa-apa bila tak masuk kelas. Gaya macam kelas tu dia punya. Lepas tu tak malu mintak tolong aku buatkan surat alasan untuk dia. Sabar je la.

Yang paling power - sanggup mintak cuti seminggu semata-mata nak turun dan bantu daripada TOT sampailah ke MPPB. Tak cukup dengan tu, siap sanggup buangkan asset yang disimpan bertahun-tahun lama.

Bukan semua orang mampu nak potong rambut yang dah disimpan bertahun lama. Tapi dia sanggup. Aku tak mintak dia potong. Dia sendiri sukarela nak potong sebab dia tahu etika yang perlu dia bawa sebagai seorang Alumni. Respect to you, bro.

Semua ni, semua jasa dan pengorbanan Alumni ni, takda siapa mampu balas. 

Cuma, harapan aku satu, AJKO yang lihat dan kenal kami ni, yang tahu kisah kami sedikit sebanyak ni, sertailah gerak kerja Alumni. Bukan masa MPPB je sebab kita banyak lagi program dan aktiviti nak buat untuk pelajar dan masyarakat. 

Aku hulurkan tangan dan buka ruang untuk korang gerak bersama Alumni KMPk, timba ilmu dan pengalaman. Aku dulu masuk Alumni, kosong. Sekarang? Kau tahu jawapannya.

Nota: Post di Facebook.

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D