Rahsia Kejayaan Facebook Untuk Iktibar Kita
Bila lihat kejayaan orang lain, mesti ada terbit dalam diri kita rasa yang kita juga nak berjaya suatu hari nanti.
Kita tengok orang tu berjaya bila meniaga atas talian, kita rasa kita pun nak juga. Ada kawan kita berjaya dalam bidang penulisan, kita pun ada impian macam tu. Abang atau kakak kita berjaya belajar sampai Phd, kita pun rasa nak capai tahap tu.
Tapi macam mana?
Caranya, buat je. Kalau kita betul nak, buat je. Tak ada nak fikir panjang panjang, tak ada esok baru nak buat. Tak ada. Buat je kalau kita nak.
Tak tahu cara nak buat?
Ini satu rahsia yang kita perlu tahu. Tiada siapa yang tahu cara nak buat sesuatu sehinggalah dia mula lakukannya.
Idea tidak muncul dengan sempurna. Bila kita dapat sesuatu buah fikiran, ia cuma satu cetusan idea tidak siap, tanpa perancangan yang rapi. Idea cuma akan jadi semakin jelas bila kita mula mengembangkannya.
Facebook tak akan ada hari ini kalau Mark Zuckerberg fikir dia kena tahu semua perkara berkaitan coding dan cara menghubungkan dunia sebelum dia mulakan kerja membina platform sosial terbesar ini.
Tanggapan bahawa kita perlu tahu semua benda sebelum kita bermula adalah pembunuh dalam senyap. Berapa ramai diantara kita yang hari ini ada idea menarik tapi tidak kembangkan idea tu sebab ada rasa yang kita belum tahu semua benda?
Bila ada fikiran macam ni, kesannya lambat laun idea tu akan mati begitu sahaja. Kadang kadang, idea tu akan difikirkan oleh orang lain juga dan kita akan ketinggalan jika kita gagal bertindak.
Bersedialah untuk hadapi tekanan diatas tindakan dan keputusan yang kita ambil. Sesiapa pun yang mulakan sesuatu yang besar atau luar biasa pasti akan dipandang sinis dan dikritik. Pasti ada halangan yang akan memperlahankan kita.
Jangan takut untuk bertindak. Jangan takut untuk buat kesilapan. Jangan takut akan kritikan. Semua ini tak patut jadi penghalang untuk kita capai apa yang kita mahu.
Jadi, apa yang kita tunggu?
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D