Kenapa Perlu LIKE

7:14 PM Hasnul Adin 7 Comments


Ada satu budaya dalam kalangan individu-individu yang melawat dunia maya facebook yang menggangu aku. Sebenarnya sudah agak lama aku perhatikan budaya ni. Sudah lama juga aku berniat untuk menulis tentangnya, tapi baru kini ada “kekuatannya.”

Like.
Bukan like semata-mata. Tapi like gambar kawan-kawan perempuan yang pastinya di upload atas kesedaran diri sendiri. Tapi ada juga masanya yang gambar-gambar ini di uploadkan oleh rakan-rakan mereka, saudara mara ataupun penganjur-penganjur aktiviti-aktiviti yang mereka sertai.

Isunya adalah like gambar-gambar perempuan. Mungkin juga aktiviti upload gambar itu boleh dijadikan satu isu juga. Dan yang menggangu aku juga adalah hakikat bahawa si lelaki dengan rakusnya menekan butang like pada gambar-gambar tersebut. Sepertinya mereka memberi rating pada gambar tersebut.

“Cantik dia ni. LIKE!” kalau boleh like dua tiga kali, mungkin akan dilakukannya.

Ada juga yang tangkap gambar sendiri, letak caption yang baik-baik, letak kata-kata berunsur nasihat ataupun motivasi dan kemudian di uploadkan di alam maya facebook untuk tatapan umum. Makanya…
“Sedap pula caption ni. Gambar pun cantik.” tanpa sedar laju saja butang like ditekan. Minda separa sedar mengawal diri.

Siapa yang tak suka dan tak teruja bila dapat rating tinggi. Exam pun kalau dapat markah tinggi kita akan gembira inikan lagi benda macam ni. Ia fitrah. Lagi-lagi bagi makhluk bergelar wanita ni. Sukakan puji-pujian, sukakan perhatian dan sukakan penghargaan. Ketiga-tiga perkara ini dengan mudahnya mereka boleh peroleh hanya dengan usaha sekeping gambar. Banyak like bermakna ramailah yang mengakui kecantikan gambar tersebut, ini adalah salah satu bentuk penghargaan. Sejurus sahaja gambar-gambar tersebut mendapat rating “like” yang tingi, maka percayalah aktiviti ini akan menjadi satu kitaran hidup bagi peng’upload’ gambar tersebut. Aku memandang aktiviti like gambar ni sebagai tidak sihat.

Bukannya aku berfikiran negetif dalam hal ni, cuma aku melihat aktiviti ini boleh membawa kepada keburukan lebih daripada kebaikan.

Kebaikan?
Hargai kecantikan ciptaan tuhan. Apa tak ada ciptaan lain  ke kita nak hargai? Bunga tak cantik? Bulan? Alam semesta? Banyak lagi benda boleh kita hargai. Cuma ini berkenaan pilihan kita. Nafsu kita, samada kita berjaya bendung atau tidak diri kita daripada melihat pada perkara-perkara yang haram bagi kita melihatnya.

Keburukan?
Teknologi sekarang ni adalah berada di luar kawalan kita. Keupayaan seseorang menggunakan teknologi untuk tujuan keburukan adalah sangat tinggi. Di potong muka kita, kemudian ditampal pada gambar-gambar yang tidak senonoh. Sehingga susah kita nak bezakan yang mana satu  gambar original dan palsu. Teruk bukan. Aku pernah lihat dah perkara ni berlaku pada kawan aku sendiri.

Memang kebarangkalian perkara-perkara begini nak berlaku pada kita itu tidaklah tinggi, tapi Allah Maha Kuasa. Silap haribulan, kita di uji olehNya baru kita tahu langit tinggi ke rendah.

Jadi disini peranan haruslah dimainkan oleh kedua-dua parti yang terlibat. Yang meng’upload’ dan yang rajin tekan like sampai lebam tu. Beringat-ingatlah.

Yang tekan like, sedarlah kerelaan anda untuk like gambar-gambar ini boleh membawa kepada keburukan yang aku nyatakan diatas tadi. Saham anda juga akan di kira sedar ataupun tidak. Lagi-lagi kalau anda like gambar-gambar yang tidak menutup aurat tu. Dan lepas tu orang itu jadi galak dan terus menerus upload gambar yang tidak menutup aurat. Saham kita tetap berjalan sehinggalah gambar tersebut di buang.

Mereka yang upoad pula, aku tidak katakan hobi awak-awak(perempuan kan, so” awak” lembut sikit bunyinya.) upload gambar ni kesalahan yang berat sampai boleh kena tindakan disiplin. Bukan! Tapi cubalah kawal diri daripada rajin upload gambar diri sendiri yang cantik molek belaka tu. Jangan sampai jadi fitnah. Kecantikan awak-awak adalah untuk tatapan mereka yang berhak ke atas anda sahaja dan bukannya untuk di nikmati sekelian manusia.

Aku turut sedih di sini bila aku melihat budaya ini menjadi kebiasaan rakan-rakan aku. Aku tak pasti kenapa, tapi aku rasa kesedaran akan perlunya dihentikan aktiviti like ini belum hadir. Mungkin mereka like sekadar suka-suka. “Alaaah, like je pun. Bukannya apa-apa.” Oh bertambah sedihlah aku kalau mereka begini. Nauzubillah. Tuhan lindungilah kami dari fitnah dunia ini. Moga kesedaran hadir pada kami semua.

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"


Makanya, ayuhlah kita sama-sama mengawal diri kita. Mengawal nafsu kita. Mengawal minda bawah sedar kita. Ia berkenaan pilihan kita. Wassalam.

*Nota: Ini cuma pandangan diri ini yang daif ilmunya. Cap ayam semata-mata teman ni. Andai ada yang boleh diperbetulkan, silalah rajinkan diri menaip di ruang komentar. Terima kasih.


You Might Also Like

7 comments:

  1. Bagaimana pula sekiranya yang meng-upload gambar itu adalah para niqabis. Dan mereka berpegang kepada hujah telah memelihara aurat sepenuhnya. Juga ada yang menjustifikasikan tindakan mereka sebagai salah satu bentuk dakwah.Sambil meletakkan kata-kata hikmah digambar mungkin? Atau mungkin sebagai 'trigger' kepada para muslimah lainnya agar terisnpirasi untuk berniqab sperti mereka. Bagi golongan yang sebegini bagaimana pula? Adakah patut diberi sokongan, ataupun tidak.

    *sekadar menginginkan pandangan*

    ReplyDelete
    Replies
    1. para niqabis, pada pandangan saya sama saja dgn yg lain. berkenaan pilihan dan kenapa mereka memilih untuk melakukannya. kenapa nak dakwah dgn bermodalkan kecantikan diri sendiri ketika berniqab sdgkan ada cari lain nak dakwah ni.

      berkenaan "agar terinspirasi" tu rasanya kalau targetnya hanya untuk itu maka rugilah. sepatutnya targetnya dalam dakwah adalah lebih jauh dr itu. kan? sepatutnya dapatkan hatinya. capai hatinya. bukannya perhatiannya.

      saya berdiri teguh untuk tidak menyokong aktiviti ini. kerana fitnah boleh terjadi dgn cara-cara yg kita tak sangka. kita tak tahu, mgkin ada orang2 di luar sana yg galak mengumpul gambar2 perempuan berniqab sbg pemuas nafsu mata. mungkin ada. mungkin tidak. tp tak mustahil. manusia ni pelik2 belaka. rambut sama hitam, hati lain2.

      Allah lebih tahu. :)

      Delete
    2. terima kasih atas pandangan.Pada saya, ianya perlu berbalik juga kepada Niat. Niat si peng-upload dan penge-like. Sebab jika gambar yang di-upload adalah gambar beramai-ramai contohnya gambar bersama keluarga atau persatuan sempena meraikan kejayaan atau kegembiraan,tak ada salahnya untuk dikongsikan. wallahu'alam.

      Delete
    3. Ye. Betul. Sbb tu smua bbalik pd diri sndri. Sbb ia pilihan kita. Risiko kita yg ambil bknnya org lain. Tiada salah nk kongsi kenangan. Sbb tu kita jgn cepat mghukum.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. kadang2 anoyying jugak psl button LIKE nih.
    fb skg ni kalo tekan LIKE pon akan kuar kat newsfeed =.='

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. semuanya naik kat newsfeed. mmg untuk tatapan umum skrg ni. :3

      Delete

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.