Cinta Gitar Hitam [Part 4]




Phone Hanif berbunyi. Ada sms masuk...

Shah: Anip, petang ni free tak? Jom lepak warung.

Hanif: Petang ni? Kene berlatih untuk show esok la. Sorry la.

Shah: Tak payah la berlatih petang. Malam kan ada. Lagipun show esok. Jom la. Lama tak sembang.

Hanif: Kau ni takde hari lain ke nak ajak jumpa?

Shah: Amboi banyak cakap plak abang sorang ni. Jom. Jangan nak berdalih. Ada benda penting nak cakap ni. Kau tak datang siap la.

Hanif: Orait bos.

Di warung...

Hanif: Sorry bro. Lama tunggu? Ada hal sikit tadi.

Shah: Berjambang aku tunggu. Banyak la kau punya sorry. Dah la baru je shave pagi tadi ni. Dah naik balik jambang aku. Duduk.

Hanif: Janganlah marah bang. Janji tak buat lagi. Haa. Apa yang penting sangat sampai ugut-ugut aku tadi?

Shah: Kalau ye pun duduklah dulu. Aku nak cakap sikit ni. Aku terus terang je la. Sejak beberapa minggu ni aku tengok ko bukan main sibuk lagi. Show sana, show sini. Sampai kuliah pon tak masuk. Assigment, tutorial semua tangguh. Sikit-sikit nak tiru aku. Lecturer dah bising. Member kuliah semua naik pelik.

Hanif: Alaa. Bukan kacau diorang pon aku tak masuk kuliah. Lagipun bukannya semua kuliah aku tak masuk. Ade je yang aku masuk.

Shah: Yelah. Nasib baik la ada jugak yang masuk. Tapi kalau masuk pun sebab nak berdengkur buat ape?

Hanif: Aku penat la. Sebab tu aku tidur. Berlatih untuk show lagi, nak buat kerja lain lagi. Tak cukup tidur la.

Shah: Berlatih untuk show ke bergayut sampai pagi buta dengan anak dara orang? Anip, aku bukan nak halang kau main gitar ke, buat show ke ape. Tapi aku nak kau beringat sikit. Kita masih belajar, benda-benda gitar and show semua ni sampingan je. Yang patut jadi keutamaan kau, belajar. Ilmu tu penting.

Hanif: Shah, aku hargai kau ingatkan aku semua ni. Tapi aku lagi hargai kalau kau jaga kain kau sendiri. Boleh?

Shah: Apa dah jadi dengan kau ni Anip?

Hanif: Jadi apanya? Kau jangan nak merepek la Shah. Buat lawak betul..

Shah: Buat lawak apanya Anip? Aku serius ni. Kau kawan aku dan aku risaukan kau. Perubahan hidup kau ni..

Hanif: Aku kawan kau, sepatutnya kau sokong aku. Baru sekarang aku ada life kau tahu tak? Sejak aku main gitar, buat show ni la baru orang respect aku. Kalau tak dulu aku ni badut je dalam kuliah. Sekarang satu kolej kenal aku dan aku tak mahu hilang semua tu. Aku balik dulu la. Aku malas nak argue dengan kau pasal benda kecik macam ni.

Shah: Benda kecik ke kalau kau dah start abaikan solat?

Hanif: Itu antara aku dengan tuhan. Kau jangan sibuk.

Hanif bangun dan berjalan menuju motornya. Shah hanya mampu melihat rakannya itu berlalu pergi. Bahu Shah ditepuk oleh seseorang
.
Shah: Betullah cakap kau Jat. Dia memang dah berubah.

Aizat: Abang cakap apa dengan dia tadi?

Shah: Nasihat je. Cakap pasal kuliah, gitar semua tu. Tapi dia tak dengar. Dia kata jangan masuk campur urusan dia.

Aizat: Hemm. Susah kalau macam ni bang. Wan, roomate dia pon cakap dia selalu balik lewat malam. Selalu tak jadi macam ni katanya.

Shah: Lagi satu dia kata sekarang dia dah ada life baru. Sekarang orang respect dia. Aku rasa dia memang dah mula lupa diri la Jat. Bila aku tegur pasal solat pun dia macam marah.

Aizat: Habis tu macam mana sekarang bang? Kita kena tolong dia.

Shah: Kita fikirkan sama-sama. Insyaallah.

Hanif diundang untuk melakukan persembahan di satu majlis di luar kolej. Dia diminta untuk berduet bersama seorang performer dari sebuah kolej lain.

Selepas majlis...

Iqbal: Lama dah ke?

Hanif: Huh?

Iqbal: Hahaha. Lama dah ke terima undangan show macam ni?

Hanif: Tak ada la lama sangat. Sebulan dua ada la. Kau lama dah?

Iqbal: Lama jugak la. Setahun dua jugak. Mula-mula sebab nak cari side income je. Sekarang macam hobi dah.

Hanif: Ohhh. Patut la tengok steady je. Orang lama rupanya. Selalu show kat mana?
Iqbal: Kat mana-mana je. Ada duit, jalan.

Hanif: Boleh la ajak aku sekali show mana-mana lepas ni. Nak jugak cari side income.

Iqbal: Hahaha. Aku nak stop dah pun. Kira ni macam last show jugak la.

Hanif: Laa. Apasal pulak? Rugi la bakat kau tu. Aku tengok ada potensi masuk industri.

Iqbal: Hahaha. Masuk industri? Dulu-dulu memang la aku terfikir nak try masuk line industri seni ni. Tapi sampai bila nak pegang gitar? Nak nyanyi merata? Aku bukan kata benda gitar and show ni benda tak elok, tapi aku rasa tak berbaloi aku buat benda ni semata-mata untuk duit. Dapat duit, belanja, makan, beli itu ini. Tak cukup duit, buat show. Dapat duit buat balik benda yang sama. Life cycle yang teruk. Belajar entah kemana. Nasib baiklah aku tak pernah fail lagi ujian semester. Lulus pun cukup-cukup makan je. Aku masih diberi peluang untuk ubah kesilapan aku. Kau baru lagi. Yang kau nampak semua manis je. Yang pahit belum lagi. Sekarang dengan duit, kawan-kawan, admirer semua kau bahagia. Tapi bila semua tu hilang, kau nak mintak tolong pada siapa? Fikir.

Hanif diam seribu bahasa.

Iqbal: Dah solat?

Hanif: Huh?

Iqbal: Kau dah solat ke belum? Kalau belum jom ikut aku. Surau dekat je.

Hanif: Takpe. Kau pegi dulu. Aku nak kemas instrument aku.

Iqbal: Kalau pegang gitar sekalipun, solat tetap kene tunaikan. Main gitar tak jamin masuk syurga. Choww dulu. Assalamualaikum.

Hanif tersentak dengan kata-kata terakhir Iqbal. Dia memandang Iqbal berlalu begitu saja.


PART 3                                                                                                             PART 5 

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D