MAGIS



MAGISMAGIS by Ramlee Awang Murshid
My rating: 4 of 5 stars

I got big expectation towards MAGIS. Kenapa tidak kan? 5 watak utama daripada 5 novel tulisan RAM di gabungkan dalam satu cerita. Mestilah aku mengharapkan the best dalam tulisan RAM kali ni. Ini kalilah!

Sunan, Egim, Ryu- Watanabe, Mikhail dan Carlos yang berasal dari 5 dimensi berlainan telah di satukan merentasi masa ke masa hadapan. Pada awalnya aku sangkakan mereka semua akan bersatu dalam satu kumpulan untuk menentang kejahatan. Tapi RAM ada idea lain. Ada yang di pihak putih da nada di pihak hitam. Okay. Tak mengapa. At least kelima-lima mereka bersatu dan berinterksi antara satu sama lain juga.

Setakat ni, MAGIS adalah novel RAM yang paling cepat aku selesaikan. Kurang dari 2 hari. Selalunya aku ambil masa yang lama nak hadamkan, tapi kali ini tidak. Mungkin kerana keterujaan yang dirasai, aku selak helai-helai muka surat dengan laju sekali.

Aku juga cuba mencari “error” dalam tulisan ini tapi entahlah, tak jumpa. Hemm. Bukan apa, dengan error inilah aku berfikir dengan lebih mendalam setiap tulisan yang aku baca. Mungkin RAM garap dan menjelaskan setiap babak dengan teliti sampai susah nak jumpa error. Tapi itu di mata aku.

Disebabkan latar belakang masa dan tempat tulisan ni adalah di suatu ketika yang kita tidak tahu, maka aku improvise dengan mambayangkan latar belakang babak-babak tertentu berdasarkan filem-filem yang aku dah tengok.

Carlos:
Aku memasukkan latar cerita JOHN CARTER. Babak bandar yang menjadi tempat Carlos “bermalam” bersama Cinnie. Tuan Turak pula aku bayangkan watak Sab Than lakonan Domonic West.


Ryu-Watanabe:
Ketika dia jatuh ke penempatan bawah tanah tu, aku bayangkan koloni bawah tanah dalam cerita OBLIVION.




Mikhail:
Ketika dia bersama kawanan dubuk dan pengembala tu aku bayangkan dari cerita JOHN CARTER juga. Tapi kali ini pada latar tempat tinggal alien warna hijau tinggi lampai bertangan empat tu.




Sunan dan Egim:
Aku tak dapat nak bayangkan sangat. Ergh.

Tak mengapalah. Janji kepuasan itu ada apabila membaca MAGIS. Cuma endingnya sahaja yang buat aku sakit hati. Memang suka sangat “menyatukan” semula watak-watak di akhir cerita. Macam bagi hint je. Entahlah.




View all my reviews





Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D