SOROK #2

“Kat sini ke?” Radhi mematikan enjin motosikalnya. “Tak ada nampak seram mana pun rumah ni.” Radhi menanggalkan topi keledarnya dan memandang Omar disebelahnya. Omar yang sudah siap turun dari motosikalnya menganggukkan kepala. “Sinilah. Itu kereta Jonny tu kan.” kata Omar sambil menundingkan jarinya ke lokasi kereta Jonny. “Mungkin sebab dah lama sangat tinggal, daun penuh depan rumah, itu je lah yang nampak seramnya.” rengus Radhi. Setelah turun dari motosikalnya, dia membuka beg galasnya dan mengeluarkan lampu suluh dan di campakkan kepada Omar. “Nah, sambut.” laju sahaja tangan Omar menangkapnya.

               Radhi berjalan perlahan mengelilingi kereta Jonny yang diparkir di depan rumah usang itu. Cuba memerhatikan jika ada apa-apa yang pelik pada kenderaan berkenaan. “Mana diorang ni? Dah gelap-gelap macam ni pun tak keluar lagi.” Omar tiba-tiba bersuara. Entah bila masa Omar berada di sebelahnya pun Radhi tak perasan. Terkejut sedikit Radhi. Dibiarkan sahaja Omar di situ. Kemudian dia berjalan ke pintu kereta, bahagian pemandu. “Tak kunci.” ketika ini Radhi sedikit pelik. “Selalunya Jonny tak tinggal kereta dia tak berkunci macam ni.” Radhi mengeluarkan telefon bimbitnya. Mahu menghubungi Jonny. “Mana ada line kat sini Radhi.” Omar mencelah. “Hujung kampung macam ni, kalau ada line memang ajaiblah.” Omar juga mengeluarkan telefon bimbitnya. Sengaja mahu memastikan apa yang dikatakannya tadi benar atau tidak. “Aku tahulah.” jawab Radhi pendek.

               Omar dan Radhi kedua-duanya berjalan memasuki halaman rumah usang tersebut. Masing-masing memegang lampu suluh satu seorang. Waktu senja sudah pun tiba, dan kini kegelapan sahaja yang memenuhi ruang angkasa. Langsung tiada sumber cahaya dari sekeliling kawasan rumah usang berkenaan. Kalau ada pun hanyalah cahaya bulan. Tidaklah ia mampu menerangi kawasan rumah usang berkenaan. “Kau tahu tak sejarah rumah ni?” Radhi yang berjalan di hadapan bertanya pada Omar. “Huh? Omar, tahu tak?” Omar hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu sambil kepalanya ditoleh ke sekeliling kawasan rumah usang itu. Lampu suluhnya di suluh sekali lintas mengikut pandangan matanya. Mahu menganalisis pesekitaran barangkali.

               “Kalau tak silap aku, dulu rumah ni tempat tinggal orang kaya kampung ni. Dengar cerita dia sombong, suka tindas orang kampung yang lain. Sebab dia ada pengaruh besar di kampung ni. Sampai satu kampung tak puas hati dengan dia.” kisah yang di ceritakan Radhi berjaya menarik perhatian Omar. “Ada satu malam tu, orang kampung berkumpul depan rumah d
ia ni. Kira macam dah tak puas hati sangatlah. Penduduk kampung ugut dia, nak dia keluar dari kampung ni.” sambung Radhi lagi.

               “Hah! Aku tahu. Orang kaya tu tak mahu keluar dari kampung ni kan? So, penduduk kampung semua bunuh dia. Kan? Gila betul orang kampung ni, Radhi. Tak sangka aku.” belum sempat Radhi menyambung ceritanya, Omar mencelah.

               “Kau ni!” Radhi mengangkat tangannya tinggi. Mahu memukul Omar kerana mencelah ketika dia bercerita. “Kepala otak kau. Kalau tak tahu, buat cara tak tahu.” spontan Omar pula mengangkat tangannya untuk mempertahankan diri daripada pukulan Radhi.

               “Habis tu?” Omar bertanya perlahan. “Dah kena ugut, orang kaya tu larilah.” jawap Radhi acuh tak acuh. Mood berceritanya hilang apabila diganggu Omar sebentar tadi. “Ceh! Ingatkan apa jadi tadi. Bengong.” Omar sedikit bengang. Sangkanya cerita seram yang Radhi ceritakan. Tapi ternyata bukan seperti apa yang diharapkannya.


               Setibanya mereka berdua di pintu masuk rumah usang berkenaan, setelah pintu rumah dibuka, mereka memerhatikan dahulu isi rumah. Sekadar selintas lalu pandangan mereka. “Senyap je, Radhi.” Omar mengulas pendek. Radhi yang malas hendak melayan Omar terus masuk tanpa menunggu undangan. “Hoi, Radhi. Kau ni la. Berani betul. Tunggulah aku.” cepat-cepat Omar mengekori Radhi. 



Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D