Mengejar Ajal

Mengejar AjalMengejar Ajal by Khairulnizam Bakeri
My rating: 4 of 5 stars

Selesai membaca 312 mukasurat daripada novel karya Khairulnizam Bakeri ini dalam minda aku ada beberapa soalan yang jawapannya tidak dapat aku rungkai sendiri.

Ben. Dia terlibatkah dalam komplot antara Raed dan Adani?

Peluru yang ada fingerprint Raed. Adakah Raed memang tidak sengaja memegang peluru dengan jari yang terdedah atau ianya sebahagian daripada brilliant plan oleh mereka?

Lelaki bertopeng yang menculik Raed. Seawal kemunculan watak ni, aku agak-agak ianya Ben. Tapi, rasa ragu-ragu pula diakhir-akhir novel ini. Sebab bila Adani kata “Ben ada. Dia boleh jaga. Dia boleh buat apa yang dia suka. Paintings dia nak lelong… No more painting from Adani Saufi” aku terfikir yang mungkin Ben tak tahu yang Adani masih hidup.

Persoalan-persoalan ini, tak perlukan jawapan sebenarnya. Aku rasa, pembaca sendiri perlu berfikir dan buat konklusi. Penulis tak perlu beritahu segala-galanya dengan jelas. Kerana pembaca perlu diberi ruang berfikir. Yeah. Begitulah rasanya.

Then again, ending dia bila tiba-tiba watak Cynthia di tempekkan dalam babak tu untuk beri babak macam movie memang menarik. Entah apa jadi lepas tu aku pun malas nak fikir. Dengan pistol diacu. Haish.
Mungkin ada sambungan? Raed dan Adani jadi macam Bonnie and Clyde maybe? Jeez.

Tapi sepanjang aku baca novel ni la, aku mesti teringat babak-babak dalam filem Don 2 by Shah Rukh Khan and I guess sebab ada babak-babak yang similar kot.

Overall, sangat puas hati membaca novel ini. Rasa nak tahu apa terjadi di mukasurat seterusnya memang kuat. The thrill is there. Sampai hampir setiap watak aku tuduh sebagai pembunuh Buyong tu. Memang tak sangka sampai macam tu sekali.

Dendam. Aku rasa itulah sebabnya yang boleh aku finalizekan.

*thumbs up

Dan mungkin lepas ni kena cari Pecah la kot. Dengar-dengarnya dah tak cetak. Adei.


View all my reviews


Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D