Bidadari Khayalan

8:52 PM Hasnul Adin 0 Comments

Di pembaringan, perlahan-lahan mata aku buka. Pandangan aku masih kabur ketika ini. Terasa kebas seluruh badan. Kepala pula pening. Bahu kiri terasa berat. Perlahan aku toleh ke kiri badan.

               Siapa pula ni? Kepalanya terlentok manja di bahuku sementara badannya pula berbaring mesra di sebelahku. Tangannya duduk betul-betul di atas dadaku. Terasa hangat tubuhnya mengalir pada aku.  Awak? Macam mana awak boleh ada di sini? Mengigaukah?

               Patutkah aku mengejutkan dia? Mana mungkin aku berbuat begitu. Dia kelihatan suci sekali ketika ini. Umpama bidadari dari kayangan, hadir untuk meneman. Biarlah untuk beberapa ketika lagi, dia disini. Berada hampir dengan aku.

               Andai untuk selamanya pun, aku sanggup. Biarlah begini. Biarlah diam seketika sebelum mata aku tutup semula. Nafas ku hela perlahan. Mahu menikmati saat ini. Saat bersama bidadari hidupku.

               Bila mata ku buka semula, ternyata aku sendiri di katil bujangku. Ahh. Kenapa?! Sesal aku ketika ini tiada terkira. Kenapa harus aku menutup mata dan kembali ke alam nyata? Aku lebih gembira di sana. Muka ku usap perlahan. Apa boleh buat, tempat aku di sini bukannya di sana.


               Bidadariku, nantikan kepulanganku.


You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.