Lari punya lari jumpa jugak yang itu...

Kalau dulu, bila bercakap tentang Kolej Matrikulasi ada beberapa perkara yang bermain di fikiran aku:

Sebelum SPM
1. Matrik mana yang ko nak masuk
    Mana-mana pun tak kisah, tapi kalau boleh kat utara la.

2.Nak belajar sains fizikal ke sains hayat
   Sains fizikal, kompem. Haha

Selepas SPM
1. Ada mohon matrik tak
    Ada tapi kalau boleh nak elakkan lah.

2. Ni tak dapat matrik ni, x mohon ke
   Tak dapat pun takpe lah. Memang xnak pegi pon.


Kenapa ye aku tak nak pegi matrik. Pada awalnyaa matrik ni pada sangkaan aku suatu institusi pendidikan yang membebankan pelajar kerana semua pelajar yang belajar di sana hanya mempunyai tempoh satu tahun sahaj untuk menelaah dan bersedia untuk examination. HUHA. Bagi aku tempoh ni memang amat membebankan.
Tapi tu semua dulu. Kini aku, setelah menerima tawaran PDT di Kolej Matrikulasi Gopeng, aku yakin bahawa inilah yang terbaik. Dulu, setelah melihat keputusan SPM aku, kekecewaan melanda diri namun aku tetap yakin bahawa inilah yang selayaknya untuk aku. Bukan itu je, aku tanamkan azam bahawa kali ini, di Pengajian Tinggi, aku pasti menyinar.

Selama enam bulan di rumah aku cuba mencari yang mana terbaik untuk aku dan setelah aku tetapkan diri untk ke UiTM (memang dari awalnya ni pon aku nak elak) maka datanglah tawaran yang amat mengejutkan ini. Pada mulanya aku agak tak yakin tapi ayah aku sangat yakin ini lah peluang aku untuk meletakkan diri kembali ke jalan yang aku lalui sejak darjah 6. Mungkin betul, inilah dia peluang aku.

Dan hari ini aku melihat ia sebagai suatu ketetapan. Kerana sejauh mana pun aku cuba melarikan diri dari matrik, kalau inilah ketetapannya ia tak akan kemana.

Share:

5 comments

  1. huhu. macam ko kata kat aku kan. kalau dah yakin, baru boleh berjaya...

    lagipun, ko rasa nak jauh dari matrik dulu sebab ko kecewa kan. tapi aku mmg dah tak percaya kimia since sblum spm pun. haha. dan aku tak rasa minat tu akan datang even aku blajar kat mana2 pun.

    dat's why aku pilih uitm walaupun ak tau cabaran mass comm tu sangat hebat....

    ReplyDelete
  2. okeyh ... tapi aku masuk matrik ni xtau la nak jadi ape nnt ... huhu ...
    gud luck okeyh ...

    ReplyDelete
  3. okeyh ... tapi aku masuk matrik ni xtau la nak jadi ape nnt ... huhu ...
    gud luck okeyh ...

    ReplyDelete
  4. bermula dgn KIAS, singgah pula di UiTM, terjatuh akhirnya di Matrik. Istikarahlah dgn keputusan anda. selamat belajar dan berjaya. doakan kejayaan ana di KIAS. amin.

    ReplyDelete
  5. Insyaallah ...
    Niat asal ke KIAS, doakan aku juga di matrik ...

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D