Bukannya Kita Tak Tahu

3:02 PM Hasnul Adin 0 Comments

Kalau diikutkan cuti aku belum pun genap dua minggu. 

Orang cakap sepatutnya tak panas pun punggung lagi memerap di rumah. Tapi hakikatnya aku dah semacam tak keruan sebab memikirkan samada aku nak sambung belajar ataupun tak. 

Apa yang difikirkan kau tanya?

Banyak sebenarnya yang perlu aku fikirkan sebelum membulatkan sebuah keputusan (amek kau ayat bukan main) dan aku akan kongsikan dalam entry yang lain nanti.

Aku cuma nak cakap yang kadang kala kita ni bukannya tak tahu apa yang kita nak. Bukannya kita tak tahu yang kita boleh buat. Bukannya kita tak tahu yang itulah dan inilah yang sepatutnya kita buat. Kita tahu. 

Tapi sifat manusia tu sendiri perlukan sokongan dan dorongan daripada orang di sekeliling mereka.

Sebab tu dalam cerita Polis Evo pun Inspektor Hasani dan Inspektor Khai perlukan satu sama lain untuk tumpaskan watak jahat tu yang aku tak ingat namanya. Kan?

Sesekali kita nak dengar kata-kata motivasi atau ayat dorongan seringkas "Aku tahu kau boleh!" daripada mulut orang lain. 

Kelmarin sempatlah aku sembang di instagram dengan pensyarah zaman matrik aku yang sememangnya dah banyak bantu aku daripada zaman hingusan di matrik dulu sampailah sekarang. 

Dari dulu lagi aku memang selalu dapatkan nasihat daripada beliau dan Cikgu Jiman. 

Bahkan masa aku dapat result peperiksaan yang teruk pun dua orang ni lah antara yang percaya ada benda lain yang lebih baik menanti aku disebalik keputusan yang langsung tak megah tu.

Ringkasnya aku cakaplah aku nak dapatkan nasihat sikit atas isu aku nak sambung belajar ni.

Kau tengok jawapan beliau.




Sebenarnya lepas beliau jawap macam tu, aku dah hilang kata-kata. Tak tahu nak balas apa. 

Memang dalam diri aku sendiri aku tahu dah apa yang aku nak. Deep inside memang aku nak sambung belajar. Aku dah lama tak rasa teruja macam ni untuk belajar! 

Banyak benda yang masih belum aku kecapi dan rasai sebagai seorang pelajar. Aku cemburu pada rakan-rakan aku. Walaupun aku sedikit lambat, tapi itu bukan halangan bahkan sepatutnya menjadi motivasi.

Itulah yang perlu aku lakukan. Sambung belajar. Jangan sia-siakan peluang dan minat yang ada. 

Ya memang banyak yang akan terjadi nanti. Selepas satu, satu cabaran akan datang. Pasti! 

Tapi diakhir cerita nanti, semuanya akan baik-baik saja. Yang perlu dilakukan adalah yang kita fikirkan itu perkara yang baik-baik, bersikap positif dan berbaik sangka selalu.

InsyaAllah.








You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.