Ibu dan Hadi #1

4:51 AM Hasnul Adin 0 Comments

Petang itu Ibu sedang mengira hasil jualannya untuk hari tersebut. Kelihatan atas meja dapur not-not duit berwarna merah, biru dan hijau.

Hadi yang baru pulang dari rumah kawannya terus ke dapur untuk mendapatkan ibunya.

"Ibu..."

"Ya, nak apa sayang?"

"Ibu tadi Hadi pergi rumah Aidil, Hadi tengok dia ada mainan baru. Best!"

"Iya?"

"Ya ibu! Seronok dia bagi Hadi pinjam."

"Baiknya dia bagi pinjam."

"Aidil baik ibu."

Ibu senyum dan mengusap kepala Hadi sebelum kembali mengira wang keuntungan jualannya.

"Ibu..."

"Ya, sayang..."

"Ini duit banyak-banyak ni duit siapa?"

"Ini duit ibu niaga pagi tadi. Tengah kira berapa banyak yang ada." jelas Ibu kepada Hadi yang ternganga melihat wang yang berlainan warna diatas meja.

"Ibu, Hadi nak mainan macam Aidil boleh tak?"


Ibu sedikit terkejut mendengar soalan Hadi walaupun Ibu sudah dapat mengagak Hadi akan bertanya soalan tersebut. 

"Hadi nak mainan macam Aidil, ya?"

Hadi angguk mengiyakan dengan muka yang teruja.

"Nanti ibu belikan, ya? Tapi Hadi kena janji dengan ibu yang Hadi akan belajar sungguh-sungguh. Boleh?"

Tika itu Ibu terpaksa mengatakan yang Ibu akan membelikan mainan itu. Tapi kita semua sedar bahawa Ibu sebenarnya hanyalah berjanji untuk membeli supaya dia dapat menggembirakan hati Hadi. Apatah lagi melihat muka Hadi yang teruja dengan senyuman yang lebar, tak mampu buat seorang Ibu untuk menidakkan permintaan anaknya.

Beberapa hari kemudian Hadi bertanya bila Ibu akan membelikannya mainan. Kali ini sepertinya Hadi memaksa Ibu. Ibu hanya mampu meminta Hadi bersabar sehingga duitnya ada dan mencukupi.

Hadi yang tidak berpuas hati membentak kerana kecewa permintaanya tidak ditunaikan Ibu.

"Ibu tipu! Ibu kata nak belikan mainan!" bentak Hadi sebelum berlari ke biliknya. Merajuk barangkali.

Hati Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya begitu. 

Ibu masuk ke bilik tidur dan membuka almari bajunya. Kelihatan sebuah tabung tertulis 'Tabung Belajar Hadi' yang hampir penuh. 





"Ibu, kaulah wanita paling tabah.
Menua dengan keringat bersimbah.
Meraup rupiah untuk anak-anakmu bersekolah."

You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.