Memang Malu Kalau Kena Gelak - Aku Ingat Lagi #1

8:57 AM Hasnul Adin 0 Comments

Aku ingat lagi ada satu hari tu aku dah siap nak ke sekolah (sekolah rendah waktu petang). Jadi masa tu aku tunggulah ayah balik dari kerja sebab ayah yang akan hantar ke sekolah.

Tunggu punya tunggu, ayah tak sampai rumah lagi. Aku dah risau sebab aku takut lambat sampai sekolah. Kalau lambat nanti pengawas catat nama. Kalau nama kena catat nanti kena denda. Kalau kena denda, malu!

Jadi aku ambil keputusan untuk telefon pejabat ayah. Masa tu tak mampu beli telefon bimbit lagi.

Telefon berdering. Ada orang angkat.

"Hello. Boleh cakap dengan En. Hassan? Ini anak dia."

Elok aku habis cakap, orang yang angkat telefon tu terus gelak. Gelak sakan pula tu.

"En. Hassan, ya?" Tanya pak cik tu. Lepas tu dia sambung gelak.

Kenapa pak cik tu gelak? Aku silap cakap ke? Rasanya betullah kawan-kawan ayah aku panggil ayah aku Hassan. Apa yang salahnya?

Disebabkan aku rasa malu dan tak tahu nak buat apa, aku terus letak telefon.

Sampai sekarang bila aku teringat perkara ni, aku jadi bingung. Kenapa pak cik tu gelak?

Mental.



Sumber: https://45.media.tumblr.com/06b940e992eadb87d7829994bc90eacc/tumblr_nx1ylboQAS1sp46rho1_400.gif

You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.