Selamat Tinggal Politeknik, Aku nak Penuhi Potensi Diri!

10:52 PM Hasnul Adin 1 Comments

Semalam keputusan UPSR keluar. Maka teringatlah aku peristiwa UPSR aku dahulu kala. Kalau nak baca, klik sini

*tak ada siapa yang baca* 

*kau memang tak sedar diri*


Aku tak ada la peduli sangat dengan isu semasa (semasa ke?) ni, cuma kebetulan hari ni keputusan peperiksaan semester akhir aku pula yang keluar. Kebetulan sangat, kan? Bolehlah aku nak throwback seminit dua detik-detik manis dapat keputusan yang baik dan membanggakan itu. Sebab keputusan yang aku dapat untuk semester akhir ni, bolehlah aku katakan sesuai dengan orang yang tak ada passion macam aku ni (passion masa masih study di poli). 

haha! *gelakkan diri sendiri*

Alhamdulillah. Selepas 6 semester penuh seksa yang tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata, akhirnya aku akan menamatkan tempoh kurungan aku di politeknik ni. Kenapa tempoh kurungan? Sebab aku rasa macam dipaksa belajar subjek-subjek dan perkara-perkara yang aku tak minat. Semudah itu alasan aku. 

Ya, alasan macam-macam boleh bagi. Tapi, nak buat macam mana. Passion aku bukan pada benda-benda subjek sains. Kau tak puas hati apa? kahkah!

Aku bukan nak tulis tentang passion. Aku cuma nak kongsikan satu perkara yang aku perasan bila usia makin bertambah ni. Dan perkara tu berlaku pada aku sebenarnya.

Sepanjang tempoh aku belajar di politeknik ni, bolehlah aku tak ada rasa bangga langsung bergelar peajar politeknik. Bukannya politeknik ni teruk ataupun jelek. Cuma aku tak pernah rasa yang aku ni sebahagian daripada politeknik. Orang putih kata 'i don't feel belong there'.

Macam mana aku kata yang aku tak rasa yang aku ni sebahagian daripada politeknik?

Entahlah. Yang aku boleh kata adalah, dikebanyakan masa, aku tak rasa yang aku patut berada disini. Aku rasa yang diri aku ni, sepatutnya berada di tempat lain dan terus berkembang (baca: flourish) maju. Bakat dan kebolehan yang aku ada sepatutnya dimanfaatkan dengan lebih baik dan lebih optimum. Tapi bila aku berada di politeknik, aku rasa terbejat. Rasa tak dapat penuhi potensi diri pun ada kadang-kadang. 

Sedih sangat je gayanya, kan? 

Sungguhpun bunyinya macam aku sedih dan muram sepanjang masa, sebenarnya tidaklah begitu. Aku tetap gembira sebab aku ada rakan sekelas yang sempoi dan tahan maki. Kahkah! Datang kelas tengok muka seorang-seorang boleh buat aku gelak. 

Selain tu, aku juga ada sahabat-sahabat Alumni aku yang ada bila diperlukan. Sentiasa bagi sokongan dan dorongan. Mungkin juga faham aku lebih daripada orang lain. Yang pasti, lebih gila daripada biasa!

Apa-apa pun, semuanya dah berakhir dan aku tak sabar nak mulakan pengembaraan baru. Entah apa yang menanti di hadapan? Kerja? Sambung belajar? Bina kehidupan? Mengembara?

Walau apa pun yang akan aku hadapi nanti, doakanlah semoga aku berada di tempat yang aku boleh penuhi potensi diri dan menyumbang kepada ummah dan masyarakat.

Terima kasih tuhan!














You Might Also Like

1 comment:

  1. salam jumaat bro hasnul., mugo terus membesar sbg johan., ;p

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.