Apabila Menteri Tak Sengaja Membunuh Diri

9:54 PM Hasnul Adin 0 Comments


Ada seorang menteri yang sibuk terlewat untuk menghadiri perasmian suatu majlis. Jadi dia nak naik helikopter sebab kalau naik kereta pasti sesak dan lagi lambat sampai.

"Driver, kamu kat mana tu? Datang ambil aku dengan helikopter. Aku dah lambat ni."

"Kalau tuan maklumkan awal-awal mungkin boleh. Tapi saya kena ambil anak saya balik sekolah sekarang ni."

"Tak mengapa. Kamu ambil aku dulu. Lepas tu kita ambil anak kamu."
Pemandu peribadi tadi pun jemput menteri tersebut kemudian mereka ke sekolah untuk ambil anak pemandu balik daripada sekolah. Heboh satu sekolah bila helikopter mendarat di padang sekolah.

Dalam perjalanan ke majlis, helikopter rosak. Menteri pun jadi kelam kabut dan mula merapu.

"Matilah aku. Aku tak boleh mati. Banyak benda tak buat lagi. Projek banyak tak selesai. Macam mana ni?"

"Tuan sabar, tuan. Ada dua parachute kat belakang. Tuan pakai dan terjun dulu. Pergi tuan!"

"Betul?"

"Betul. Tuan pergi dulu."

Maka menteri tadi pun pakai beg payung terjun dan melompat keluar daripada helikopter. Tinggallah driver dan anaknya.
"Macam mana ni, ayah?"
"Takpa, nak. Kamu pakai beg tu. Terjun. Kamu muda lagi. Belajar elok-elok. Jadi orang baik."
"Mana boleh ayah!"
"Kamu terjun. Kalau tak terjun, kamu anak derhaka! Terjun!"
Si anak pun ke belakang untuk ambil beg payung terjun. Tiba-tiba si anak tergelak sakan.
"Ayah, kita selamat!"
"Kenapa?"
"Beg payung terjun ni ada dua lagi, ayah."
"Macam mana boleh ada dua? Kan menteri dah pakai satu tadi?"
"Dia pakai beg sekolah saya, ayah! Jom kita terjun!"
Apabila kita pentingkan diri, kita tak akan kemana. Inilah pemimpin yang tidak mencontohi akhlak kepimpinan RasulAllah.

-----
Cerita ini dikongsikan oleh Ustaz Munawer di suatu forum beberapa tahun lalu. Aku pernah kongsikan di Facebook sebelum aku kongsikan disini.


You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.