Nota Yang Malas

6:31 PM Hasnul Adin 0 Comments

Selain daripada 'Stocking Yang Malas', antara tanda-tanda kemalasan kritikal aku yang lain adalah berkaitan dengan nota.

3 semester pertama, nota-nota aku semua rapi dan kemas. Satu subjek satu fail. Tak kisahlah macam mana pun failnya. Aku akan pastikan daripada awal semester, semuanya dah tersedia. Supaya nanti di kemudian hari, senang aku nak buat rujukan dan lain-lain.

Semester 4, latihan industri. Laporan pun buat last minit. Nak cakap apa lagi?

Semester 5, sesi sekarang ni, fail ada, nota entah kemana. Bukannya tak ada nota, tapi berselerak. Bercampur sudah subjek itu dan subjek ini.

Alasan malas tu macam dah tak relevan. Mungkin lebih kepada, dah tak minat.

Sekarang ni, tinggal lagi sebulan sebelum final exam. Aku harap, semester ni masih punya sinar bagi aku.

Doakan aku. Aku perlukan doa dan sokongan korang.



You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.