Mock Interview - Aku tak Gentar!

9:15 PM Hasnul Adin 0 Comments

Kelas BI hari ni kami sekelas kena jalani temuduga olok-olok untuk dapatkan markah PB dan semestinya untuk dapatkan pengalaman di temuduga dalam Bahasa Inggeris. Bagi yang pertama kali menjalani temuduga, haruslah rasa gementar dan nak terkucil. Tapi bagi aku yang dah pernah menjalani temuduga beberapa kali ni, rasa gementar tu dah tak ada. Yang tinggal hanyalah rasa nak terkucil bila giliran semakin hampir.

Tak mudah sebenarnya nak menghadapi temuduga ni. Walaupun hanya temuduga olok-olok, tapi pensyarah yang temuduga tu akan bertindak atau akan anggap seperti ianya situasi yang sebenar. Apa tidaknya, kawan aku kena tanya kenapa datang temuduga pakai baju kemeja lengan pendek, tali leher pun tak pakai. Habis markah persediaan temuduga.

Aku pun tadi pakai baju kemeja lengan pendek. Tali leher pun nasib baik tergerak hati nak bawak juga. Muslihatnya, aku pakai jaket. Maka, pensyarah tak nampaklah kemeja lengan pendek aku. Pengajaran pertama; dalam hidup ni kalau kau tak pandai pun, sekurang-kurangnya kau kena bijak.

Pengalaman menghadapi temuduga aku tak banyak. Kalau tak silap tiga kali je. Dua kali temuduga SPA. Sekali temuduga untuk maktab perguruan. Yang SPA tu entah apa jawatannya, aku tak ingat. Temuduga maktab tu adalah untuk jadi cikgu Bahasa Inggeris di SJK(C). Kira TESL lah tu.

Temuduga SPAlah yang paling aku tak gemar. Dah panggil orang datang temuduga, lepas tu bila aku kata aku sekarang tengah belajar dia nasihatkan aku balik dan selesaikan dulu pelajaran. Lepas tu isi semula borang untuk jawatan lebih tinggi. Aku senyum je la. Tak kan komen tak puas hati. Cakap terima kasih dan terus keluar.

Masa temuduga untuk maktab, aku ada pengalaman yang berbeza. Lain daripada yang lain. Biasalah datang temuduga kena bawak sijil. Tapi dalam surat yang aku terima tak ada pula suruh bawa salinan sijil. Tunggang langgang cari tempat fotostat dan cari pegawai untuk sah kan salinan sijil. Sudahlah masa tu kat KL. Mana kenal orang sana. Mak aku hero sejati. Time aku tengah temuduga berkumpulan, dia usahakan semua tu. Power. Tak terbalas budinya.

Nak dijadikan cerita, bila result keluar aku dapat tawarannya. Kira aku berjayalah untuk temuduga tu. Dalam pada sijil tunggang langgang tak bawa salinanlah, apalah, boleh juga dapat. Mungkin panel tu termakan kata manis dan hujah aku. Mungkin juga dia nampak aku ada potensi untuk bawa perubahan pada sistem pendidikan negara masa tu. Tapi kalau cerita mungkin, kura-kura pun boleh terbang. Gajah pun boleh kurus.

Alhamdulillah. Aku berjaya dalam temuduga untuk jadi cikgu tu. Sepatutnya sekarang ni aku tengah menyemak kerja sekolah anak murid aku. Sepatutnya sekarang aku tengah isikan markah kuiz pejalar. Mungkin juga sekarang ni sepatutnya aku tengah pening nak anjur mesyurat PIBG atau tengah pening dengan masalah disiplin pelajar - dari dulu lagi orang kata aku ada potensi jadi cikgu disiplin yang padu.

Tapi hakikatnya aku tak perlu pun buat semua tu sekarang ni. Sekarang aku sedang menjalani hidup sebagai pelajar politeknik dan tak sabar nak menamatkan pelajaran aku.

Ya. Aku tolak tawaran tu. Atas sebab yang mungkin aku akan kongsikan suatu hari nanti. Ada sesuatu yang aku nampak pada sistem pendidikan dan sistem sekolah yang mematikan minat aku nak jadi seorang pendidik.

Untuk temuduga olok-olok tadi, aku rasa aku dah buat yang terbaik. Semua soalan aku jawap dengan yakin dan padu. Sampai nampak pensyarah pun penat nak dengar dah.

*member kata aku kena temuduga cepat sangat*

Teringin juga nak tahu markah temuduga tadi. Haha!

You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.