Ceritakan Tentang Diri Kau!

1:13 PM Hasnul Adin 5 Comments


Kalau kau pergi temuduga kerja atau yang sama waktu dengannya, aku rasa kau tak akan dapat elak daripada ditanya soalan yang satu ni; 

“Ceritakan sesuatu tentang diri anda.”



Macam mana kau nak jawab soalan yang satu ni? Panel nak tahu apa sebenarnya? Kau nak cerita tentang keluarga kau ke? Ke kau nak cerita tentang kucing kau yang beranak pinak kat rumah tu? Atau kau nak cerita tentang adik kau sekolah lagi ke atau yang tengah tengok Running Man kat rumah tu? Tak habis-habis memuja si singa dengan zirafah tu?


Pernah jadi macam ni tak?



Baru-baru ni aku jalani temuduga olok-olok untuk kelas Bahasa Inggeris aku. Pensyarah aku tembak aku dengan soalan ni. Tak bagi peluang aku nak bernafas. Aku duduk je terus dia tembak. Nasib baik aku dah dapat agak. Aku dah ulangkaji dah soalan-soalan dia.

Jadi apa jawapan aku?

“I am 22 years old and recently studied at Ungku Omar Polytechnic. I am an active person, involved in clubs and campus activities. I also joined a Non-Governmental Organization and currently holding the position of Head of Publicity and Multimedia Exco. My involvement with these activities helps me to be more mature and responsible.

I’ve also done a six-month internship at Silverwave Computer Sales and Services where I gained knowledge on how to troubleshoot and repair computers and laptops. But most importantly I have had the chance to do fieldwork such as installing and configuring networking cables for hospitals and schools. This particular experience increased my knowledge in fieldwork as well as trained my soft skill on how to communicate well with others.”

Apa yang aku cakap? Kalau kau tak faham, sila kamuskan diri sendiri. Semua nak suap.  Sampai bila?

Pertama sekali bila soalan macam ni ditanya, kau kena jawab seringkas dan sepadat yang mungkin. Jawab dalam tempoh 3 ke 5 minit sahaja. Kalau panjang berjela tapi merapu, dah menampakkan kelemahan kau. Jadi pastikan pendek, padat, padu sampai tercekik hempedu.

Isi-isi yang aku rasa wajar dimasukkan adalah penglibatan dan kejayaan kau semasa belajar. Sesuatu yang positif yang boleh memberikan tanggapan pertama yang baik kepada panel. Macam aku, aku ceritakan yang aku terlibat dalam beberapa aktiviti kampus semasa belajar dan aku juga terlibat dengan sebuah persatuan NGO. Apa impaknya bila aku join benda-benda ni? Aku sertakan sekali dalam ‘hujah’ aku. Menambahkan kematangan aku dan menjadikan aku lebih bertanggungjawab. Jadi kat situ sekurang-kurangnya panel nampak dah aku ni orang yang macam mana.

Kemudian aku tambah pula dengan menceritakan pengalaman aku semasa menjalani latihan industri. Ini maklumat penting yang kau kena ceritakan. Ceritakan apa yang kau buat masa latihan industri (atau kerja) dan daripada kerja-kerja yang kau lakukan masa tu, apa kesannya pada diri kau. Melatih kau menjadi lebih baik dalam kerja di lapangan ke, melatih kau untuk berkomunikasi dengan lebih baik ke. Ikutlah. Goreng sesedap rasa. Tapi pastikan jangan kau goreng dengan maklumat palsu. Nanti makan diri.

Aku rasa cukup kalau kau ceritakan dua benda ni, panel akan rasa tertarik untuk lebih tahu kebolehan dan kemampuan kau. Lepas kau berikan fakta-fakta tadi, panel mesti nak tahu apa yang kau boleh bawa kepada syarikat. Lagi-lagi bila kau ada pengalaman bekerja atau pengalaman dalam industry. Kemudian dia mesti nak tahu apa kekuatan kau sebab kau dah cerita pada dia yang kau biasa terlibat dengan aktiviti-aktiviti kampus dan lain-lain. Suapkan panel dengan cerita-cerita yang menonjolkan diri kau, yang mampu menarik perhatian panel.

Jawapan yang baik adalah jawapan yang mampu menarik minat panel untuk tahu lebih banyak tentang diri kau. Sebab apa? Sebab dia akan nampak potensi dalam diri kau. Itu bagi akulah.

Macam mana nak berikan jawapan yang baik kepada soalan-soalan panel?

Tak ada cara lain, kau mesti berlatih. Kau mesti buat persediaan. Kau tak boleh hentam masuk je dalam bilik temuduga macam bos. Lainlah kalau kau dah ada pengalaman yang luas dalam bab-bab temuduga ni. Tapi aku rasa, orang yang dah ada pengalaman pun akan buat persediaan. Paling kurang dia akan lakukan kajian tentang syarikat dan cuba mencari ruang pada syarikat yang dia mampu menyumbang.

Cara aku bersedia adalah dengan cuba menduga soalan-soalan yang akan ditanya dan tuliskan jawapannya siap-siap. Aku lebih selesa menulis. Bila aku tulis sesuatu, aku akan lebih mudah untuk ingat. Tapi itu cara aku. Ada kawan aku, dia lebih selesa dengan menjawab melalui lisan sebagai persediaan. Ada juga yang lebih suka mencarut-carut, merapu-rapu sebelum masuk temuduga. Mungkin dia guna Bahasa yang aku tak faham. Abaikan.


Bukti aku tulis apa yang aku nak cakap.

Aku tulis ni sebab ada yang bertanya macam mana nak jawab soalan-soalan temuduga ni. Gaya macam aku pakar. Tapi aku cubalah juga tolong, berkongsi apa yang aku tahu. Ini sekadar aku kongsi apa yang aku rasa bermanfaat kepada anda diluar sana. Kalau salah, tolong tegur. Ada pendapat yang bercanggah, sila nyatakan. I am open for discussion. 

*sengih*

Semoga ada manfaatnya. Insyaallah.

Cuma buat anda yang rasa susah nak cakap dalam Bahasa Inggeris, nasihat aku mulakan dengan menulis apa yang kita nak sampaikan/cakapkan. Aku masa sekolah rendah dulu memang ini yang aku amalkan. Aku tulis apa yang aku nak cakap. Aku tulis lirik-lirik lagu Bahasa Inggeris yang aku suka, sebab aku nak nyanyi dengan riang ria.

Dulu mana ada kemudahan internet macam sekarang, boleh google lirik senang-senang. Jadi aku akan tunggu depan radio dan bila lagu yang aku suka tu dimainkan, aku akan cepat-cepat tulis lirik yang sempat aku dengar. Alhamdulillah. Kerja yang nampak macam sia-sia dulu, banyak membantu penguasaan Bahasa Inggeris aku.

Tak ada jalan pintas. Kau nak jadi lebih baik, kau kena usaha. Good luck.

*angkat kening tiga kali*


You Might Also Like

5 comments:

  1. Good! Thanks fyi, it helps. After this can use it in the interview and I can share this with my sister. She is going to have her first interview. I am afraid and nervous for her because she is an introvert. Thanks again. Hoho

    Btw, we have the same way learning english. Through song. Copy the lyrics while listening. hahaha. kbye.

    ReplyDelete
  2. First interview? Umur berapa kakak tu? Takda pengalaman langsung ke? 😐

    Introverts is just an excuse. Im an introvert. But look at me. Still can be out going and active.

    Sibuk je la nak sama cara belajar englishnya. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik, 18. Of course no experience. haha

      She is not as introvert as you. She is different, I don't know how to describe. Its oky, I'll teach her later. I also did the same thing just like you, tulis apa nak cakap sebelum g iv. Luckily, i'd got my first iv after matriculation, lepas iv olok-olok dgn Mr.Soma. haha

      bukan sibuk, I'm telling you the truth. hahaha. >,<

      Delete
    2. Like i said, being an introvert is just an excuse, a way out for some people. If you train yourself, you can be better, you'll mix well with others. And you'll start feeling the need to get along with others.

      Truth tak truth. :3

      Delete
    3. hahaha, okay, it is true. I'm not as introvert as i were before. Sekarang dah 60:40. But, for her, mungkin byk masa yg dy perlu untuk kurangkan introvert dy tu. *searching*

      Delete

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.