Rangkap Mahabbah Pilihan
Jika kau dambakan seindah rupa,
Bersedialah untuk merasa hampa,
Kerana raut pasti ditelan usia.
Andai hartawan yang kau cari,
Kuatkah kau untuk hidup sendiri,
Kerana tiba masa hak-Nya akan diambil
kembali.
Kalau darjat asbabnya kau setuju,
Pasti kan bertemu suteru,
Kerana hati insan tidak akan aman selalu.
Pilihlah dia yang bertuhankan yang satu,
Hatinya milikmu tanpa ada ragu,
Kerana itulah janji-Nya tuhan kau dan
aku.
Idamkan dia yang dekat dengan-Nya,
Takala tertidur dalam jagaan-Nya,
Takala berjalan selalu dekat dengan-Nya,
Disaat jatuh pasti akan didakap-Nya,
Kerana semua ini atas kehendak-Nya.
Masjid Al-Magfirah
13.10.12
0115 am
Perkemaskan langkah mujahadahmu,
ada yang belum selesai.
yang mendekatkan cinta antara dua jiwa adalah Tuhan, bukan jarak. kita tak pernah tahu siapa, bila, dan di mana kita akan jatuh cinta. jadi jangan difikirkan sangat. jalani hidup seadanya!
Tags:
cinta dakwah
1 comments
cinta pada Illahi yg kekal abadi :)
ReplyDelete*kalo setting buang word verification
insyaAllah lg readers frendly ;)
Salam kenal,
anamizu
Komen anda adalah di hargai :D