Cinta Gitar Hitam [Part 3]
Hanif: Hebat
korang ni. Semua boleh tahan skil, tapi kenapa aku tengok Ijam tu moody semacam
je?
Aizat: Mane ade
moody la. Dia memang camtu, serius bila perlu. Tapi di masa-masa lain dia ok
la. Jenis yang tumpu pada kerja.
Hanif: Ohh. Tapi
lain macam la dia tu Jat. Seram aku.
Aizat: Belum
kenal, belum tahu. Dah kenal nanti baru tahu. Berbaik sangka itu lebih baik.
Cepat prasangka mengundang petaka.
Hanif: Amboi bukan
main berbahasa. Pelajar sastera ke pelajar sains ni?
Kedua-dua mereka tergelak.
Aizat: Belajar sains, tapi otak sastera. Anak seni. Dah, hari ni belajar plucking.
Hanif: Orait sifu.
Waktu berlalu laju. Azan Maghrib baru
kedengaran.
Don: Jat, dah
Maghrib ni. Jom kita solat dulu. Lepas tu kita lepak warung. Aku dah lapar ni.
Ajak Anip tu sekali.
Aizat: Jom Anip,
kita solat dulu.
Hanif: Solat kat
mana? Kat sini ke?
Ijam: Solat kat
masjid la. Berjemaah. Apa entah dia ni.
Jo: Sudah la
Ijam. Bising je ko ni. Jom.
Don: Hoi cik
adik semua, nak tunggu masuk isyak ke baru nak gerak. Cepat.
Fiq: Huhu.
Lantak korang. Abang Don dah bersuara.
Di masjid, selesai solat Hanif duduk
seorang diri di saf paling belakang. Dia dapat melihat Aizat masih duduk
bersila di saf solatnya tadi. Don di hujung masjid sedang membaca Al-Quran. Jo
dan Fiq sudah terbaring di hujung saf yang sama dengannya. Ijam tidak pula
kelihatan.
Hanif: Mana Ijam ? Mesti lepas solat terus cabut ni. Cakap orang je lebih.
Aizat menepuk peha Hanif.
Aizat: Cari siapa
Anip? Sampai senget kepala.
Hanif: Cari Ijam.
Aku rasa dia cabut terus lepas solat tadi.
Aizat: Mana ada.
Dia kat luar sana tu. Kat bahagian solat tepi masjid. Biasanya memang lepas
solat dia duduk situ. Solat sunat. Baca Quran. Kadang-kadang just duduk
je. Tempat favourite dia.
Hanif: Ohh. Aku
ingat dia cabut dah.
Aizat: Susah kalau
kita fikir macam tu Anip.
Hanif memandang Aizat dengan tanda tanya.
Hanif: Fikir macam mana?
Aizat: Yelah.
Berfikiran negatif terhadap orang lain. Asyik nak bersangka buruk je. Tuduhan
melulu. Not nice. Apa yang kita nampak pada seseorang itu tidak semestinya
gambaran sebenar. Don't judge a book by it's cover. Banyakkan bersabar. Diam
itu kan lebih baik. Lagipun, sabar tu kan indah.
Hanif diam. Aizat senyum.
Aizat: Maaflah kalau terlampau berterus-terang. Tapi sekarang awak sahabat saya Anip. Tanggungjawab saya untuk mengingatkan awak, dan awak juga terhadap saya.
Hanif: Takpe. Aku
faham. Betullah cakap kau tu Jat.
Hanif dan Aizat terdiam.
Hanif dan Aizat terdiam.
Hanif: Korang memang macam ni ke? Maksud aku, selalu turun masjid. Solat berjemaah, walaupun lepas penat jamming. Lepas solat, buat amalan sunat, baca quran.
Aizat: Alhamdulillah,
tidaklah 5 waktu sehari. Tapi kami cuba untuk memperbaiki diri. Yang penting
usaha yang kita letakkan dalam melakukan amalan. Bukan hasilnya.
Hanif: Aku kagum.
Korang memang berlainan. Siang lepak studio, jamming. Main lagu itu, lagu ini.
Tapi time solat korang ke masjid. Tak ramai yang macam korang ni.
Aizat: Takde ape
pon la. Tanggungjawab kita sebagai muslim, wajib kita tunaikan. Dulu saya pon
bukan macam ni. Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan Abang Don. Dia yang
ajak saya join jamming dengan dia. Sejak tu la saya mula jinak-jinak dengan
masjid. Setiap waktu solat mesti Abang Don ajak kami turun masjid. Lepas solat,
kadang-kadang kami baca quran sama-sama. Tak pun, duduk kat hujung sana, kami
buat halaqah. Kami muhasabah, sembang-sembang pasal memperbaiki diri, isu-isu
terkini dunia islam dan macam-macam lagi. Biasanya yang banyak bagi pencerahan
Abang Don dengan Ijam. Diorang memang banyak info. Seronok duduk dengan
diorang.
Hanif: Sampai
camtu sekali ye.
Aizat: Lepas ni
boleh la Anip join kitorang.
Hanif: Ehh.
Takpelah. Inikan group korang. Kacau daun je nanti aku ni.
Aizat: Mana ada
la, biasanya bukan kitorang je time halaqah. Ade je member-member yang lain.
Bergantunglah siapa yang ada masa tu.
Hanif melihat phone. Sudah hampir jam 8.
Ijam: Jat, pergi gerak budak berdua tu. Teruk betul. Lepas maghrib pon nak berdengkur. Aku nak panggil Abang Don. Kita pergi makan.
Ijam berjalan ke arah Abang Don sementara Aizat dan Hanif mengejutkan Jo dan Fiq di hujung masjid.
Masing-masing memilih tempat duduk masing-masing di meja bulat yang muat untuk 8 orang itu. Mereka menempah menu masing-masing. Hanif memerhatikan sekeliling. Dia tidak biasa ke sini. Kerana kebanyakan pengunjung di sini terdiri daripada mereka yang datang bersama keluarga.
Don: Kau tengok ape tu Anip? Macam tak pernah tengok restoran je.
Hanif: Bukan ape,
tak biasa ke sini Abang Don. Lagipun sini kan tempat family biasanya. Selalu
makan kat cafe tepi kolej tu.
Ijam: Elok sangat
la pergi cafe tu. Sesak mata aku tengok budak-budak kolej terkinja-kinja kat
sana. Kalau tak berdua, tak berkepit tak sah. Turun bala baru nak ingat Allah.
Sesak.
Don: Relax Ijam.
Marah itu mudah, sabar itu indah. Tak gitu Jo?
Jo: Semestinya
Abang Don. Orang selalu marah ni, senang kene cucuk dengan syaitan.
Fiq: Easy pray
for syaitan.
Jo menyucuk pinggan Fiq. Fiq melatah.
Aizat: Ko tu lagi easy pray Fiq.
Fiq: Janganlah
Jo. Seganlah orang tengok. Hilang macho aku.
Jo terus meyucuk pinggang Fiq. Fiq cuba mengelak. Mereka semua tergelak melihat telatah Fiq dan Jo.
Selesai makan..
Don: Tandas jap.
Mereka semua melihat skrin tv yang menayangkan berita sementara menanti Don.
Don: Jom gerak. Dah nak masuk isyak ni.
Hanif membisikkan sesuatu pada Aizat.
Hanif: Jat, tak bayar ke?
Aizat: Abang Don
bayar dah.
Hanif: Bila?
Aizat: Tadi dia
cakap dia pergi tandas tu, sebenarnya dia pergi bayar. Abang Don memang macam
tu.
Hanif: Mesti orang
kaya kan.
Aizat: Tak
pastilah. Tapi setiap kali kitorang makan mesti dia yang bayar. Kalau kitorang
nak bayar sendiri, or nak belanja makan mesti dia tolak. Tak pernah bagi
kitorang keluar duit. Kitorang pulak tak berani tanya apa-apa. Kitorang hormat
dia.
Hanif: Pelik.
2 bulan sudah berlalu sejak kali pertama Hanif belajar bermain gitar
dengan Aizat. Sejak itu Hanif mula membuat persembahan secara terbuka. Majlis
makan malam, persembahan untuk majlis-majlis di kolej atau apa-apa jemputan
yang lain sering menjadi tempat dia mempamerkan bakatnya bermain gitar. Sejak
itu juga Hanif jarang berjumpa dengan Aizat dan rakan-rakannya yang lain.
Phone Hanif berbunyi. Ada sms masuk...
Shah: Anip, petang ni free tak? Jom lepak warung.
Tags:
cinta gitar hitam
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D