Srikandi yang setia

10:11 PM Hasnul Adin 0 Comments



“Abang, tolong buatkan air. Kejap lagi adik nak balik sekolah.”

“Kejap mak. Nak simpan laptop dalam bilik.”

Henset berbunyi. Ada mesej masuk. Aku terus ambil henset dan duduk menghadap meja study setelah meletak laptop. Mesej yang masuk, panjang berjela.

Selesai membalas mesej, aku kembali menghadap laptop. Mahu menghabiskan bacaan di blog. Selepas satu post, aku beralih ke post seterusnya. Aku tergelak sakan membaca post tersebut.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi dari luar bilik. Bunyi air di dalam jag yang sedang dikacau untuk melarutkan gula. Aku menepuk dahi.

“Alamak! Macam mana boleh lupa ni.”

Ya. Aku lupa yang mak minta tolong buatkan air. Kemudian mak masuk bilik, membawa baju adik lelaki aku untuk di simpan dalam almari baju. Aku memandang wajah mak. Penat. Itu yang terpancar di wajah suci mak.

“Nanti ingatkan mak untuk ambil daging dalam peti sejuk.”

“Ok. Mak nak pegi mana?”

“Nak pergi kerjalah. Kerja petang. Daging tu nak bagi kawan mak.”

“Oh... “

Apalagi yang mampu aku katakan. Mak dari pagi bertugas di rumah. Memasak, mengemas dan macam-macam lagi. Petang pula, bertugas di hospital. Bilik bedah pula tu. Itu jika shift petang. Kadang-kadang shift malam dan pagi. Pernah juga mak kerja dua shift sekaligus.

Namun mak tak pernah lupa akan keperluan kami adik beradik di rumah. Semuanya di sediakan. Walaupun kadang-kadang hanya bahan yang disediakan dan tugas memasak diamanahkan kepada aku, tapi bukankah itu sudah memadai. Kerana aku bukannya kecil lagi. Dah besar panjang. Layak jadi bapa orang dah pun. -_-

Itulah hebatnya seorang mak atau ibu atau umi atau mama. Sekalipun panggilannya berbeza, tapi perngorbanan dan jasanya tetap sama. Tiada bandingnya. Dialah serikandi yang setia. Kepada suami dan anak-anaknya.

Hari ini aku gagal membantu mak untuk buat air. Mungkin esok lusa, anak aku pula gagal membantu aku. Mungkin bukanlah gagal buat air. Mungkin juga gagal dalam perkara-perkara lain. Muhasabah. Itu perlu. 
Kerana Allah Maha Adil.

Kuah pasti tumpah ke nasi. Dan nasi pasti tidak semuanya ke perut. Ke lantai pun ada juga. Itulah lumrahnya.






You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.