Umar Abdul Aziz : Keadilannya aku sanjungi
Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada aku, beliau sangat hebat. Kehidupan yang zuhud,warak dan adil terlalu menambat hati. Disaat membaca kisah dirinya sangat terkesan diri ini. Dari saat perlantikan sebagai gabenor;
Pada aku, beliau sangat hebat. Kehidupan yang zuhud,warak dan adil terlalu menambat hati. Disaat membaca kisah dirinya sangat terkesan diri ini. Dari saat perlantikan sebagai gabenor;
"Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda."
Ya Allah, di saat perlantikan beliau sebagai gabenor, sungguh berat hatinya. Sehingga tahap membatalkan baiah dan beri peluang untuk melantik orang lain. Tapi ternyata pada saat itu, orang ramai memilih beliau.
Sebolehnya kita pada hari in mencontohi sikap rendah hati dan bersederhana yang diamalkan beliau. Beliau sememangnya menjadi idola aku. Semoga aku dapat mencontohi sifat-sifat peribadi beliau.
Sangat-sangat mengesyorkan anda membaca buku ini. =)
Tags:
umar adil zuhud idola
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D