Kenapa Aku Tak Pergi PBAKL 2016 di MAEPS

8:29 AM Hasnul Adin 2 Comments

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PBAKL - ianya syurga buat pencinta buku. Keraian hampir 2 minggu yang bagaikan hari raya buat para bibliophile ini biasanya hadir dengan pelbagai tawaran menarik daripada para penerbit dan pengedar buku. Diskaun luar biasa dan pakej pembelian yang lumayan inilah yang menarik para pembaca untuk hadir ke reruai mereka. Bahkan para penerbit juga cenderung untuk mengeluarkan buku-buku baru menjelang pesta buku. 


PBAKL 2015 merupakan pesta buku pertama yang aku pergi. Itu pun tiada dalam perancangan untuk pergi pun sebenarnya. Tiba-tiba sahaja mak dan ayah ajak ke sana. Takkanlah nak kata tidak pula, kan?



Jadi semasa PBAKL 2015, aku telah menghabiskan baucer buku sebanyak RM100 dan membelanjakan wang tambahan sebanyak RM200 (kalau tak silap). Memang borong habis masa tu. Paksa adik teman pusing satu PWTC sebab dialah yang akan tolong angkat dan pegangkan buku waktu aku nak pilih dan tinjau-tinjau buku.





Yang depan sahaja hasil PBAKL 2015. :)






















PBAKL 2016, malangnya aku tak dapat nak pergi (atau tak nak pergi?). 

Selain daripada lokasi yang dah diubah ke MAEPS (ini awal-awal lagi dah buat mood aku lari) dan juga atas faktor kegawatan ekonomi diri, aku ambil keputusan untuk tidak ke MAEPS sebab ada beberapa (banyak juga kot) buku yang aku beli tahun lepas (PBAKL 2015) masih belum habis baca.



Ya. Dah setahun buku-buku tersebut terperap rak buku. 


1. Menalar Makna Diri oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


Buku tulisan Ustaz Hasrizal yang juga penulis di blog saifulislam.com ini antara buku yang terakhir aku beli semasa PBAKL 2015. Sebelum sampai ke PWTC lagi aku dah bertekad nak dapatkan buku ni namun aku terpaksa menunggu hampir beberapa jam sebelum menjumpainya. Sebab apa? Sebab aku tak jumpa mana-mana reruai yang ada menjual buku ni. Lebih tepat, aku tak jumpa reruai Karangkraf yang merupakan penerbit buku tersebut.

Buku ni merupakan sebuah catatan travelog Ustaz Hasrizal semasa beliau ke Turki untuk mencari dan menganalisa bahan rujukan untuk menyempurnakan pengajian Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) di UKM. Beliau telah mengkaji perjuangan tokoh penting Daulah Uthmaniyyah iaitu Imam Birgivi.

Satu perkara yang membuatkan aku selesa membaca coretan Ustaz Hasrizal adalah kerana tulisan beliau terasa ringan dan dekat dengan pembaca dan juga mudah untuk faham. 

Buku-buku tulisan beliau yang sebelum ini juga aku sudah khatamkan dan akan selalu menjadi rujukan dan bacaan aku.

Tapi entah kenapa buku yang satu ini lambat pula aku nak habiskan. Mungkin kerana tulisan kali ini agak berat berbanding buku-buku beliau yang lain. Di dalam buku ini Ustaz Hasrizal turut sertakan sekali pengenalan berkenaan Imam Birgivi serta sumbangannya terhadap Turki. Sesuatu yang aku kurang biasa. 



Aku minat psikologi. Aku suka memerhati orang dan cuba memahami kenapa mereka bertindak begini atau begitu. Jadi bila aku pertama kali kenal buku ni, tidak boleh tidak aku mesti dapatkan juga.

Kenapa tak habis baca lagi?

Sebab buku ni aku klasifikasikan sebagai rujukan. Tak perlu nak baca daripada muka surat 1 sampai habis macam novel. Baca yang mana perlu atau berkenan sahaja.


3. Terima Kasih Si Babi Hutan oleh Ismail Ariffin



Kenapa aku beli buku ni? Aku rasa mungkin sebab kalah dengan promosi penerbit yang mewar-warkan yang buku ni baik dan kisah Lepat berjuang untuk mendapatkan anaknya semula ni wajar dibaca rakyat Malaysia.

Kenapa tak habis baca lagi?

Aku dah baca sikit. Tapi aku tak dapat nak teruskan bacaan bilamana ayat dalam buku ni panjang-panjang dan memeningkan aku. Macam baca buku falsafah. Akhirnya aku tewas. 

Kau tunggu nanti aku cuba baca balik. Kau tunggu.

4. Aku Kafir, Kau Siapa oleh Ooi Kok Hin


Ini pun sama je. Aku beli sebab tewas dengan promosi oleh penerbitnya. Bukan aku tak baca langsung buku ni. Aku ada baca sikit-sikit dah. Tapi aku tak boleh nak hadamkan intipatinya.

Mungkin buku ni tak sesuai untuk aku.

5. Aku _____, Maka Aku Ada oleh Faisal Tehrani


Antara buku Faisal Tehrani yang mula-mula aku beli. Kiranya, buku ni aku beli sebab aku cuba-cuba nak baca tulisan beliaulah dan ketika itu, itu saja pilihan buku beliau yang ada. 

Buku ni, aku pun tak ingat sejauh mana dah aku baca. Cuma yang pasti, kandungannya berat, penuh dengan kritikan, provokasi dan kontroversi yang mana bukanlah selari dengan jiwa aku.

Adakah aku akan sambung baca lagi nanti? Mungkin juga. Tunggu aku habiskan karya-karya beliau yang lain dulu.

5 buku inilah yang aku belum habis baca sejak setahun yang lepas. 5 daripada 14 yang aku beli, kira lebih daripada separuhlah yang aku dah baca. Kalau kau kata sikit saja buku yang belum habis baca, ini aku nak pesan - ini senarai buku daripada pesta buku. Yang bukan daripada pesta buku dan aku belum habis baca punyalah banyak lagi.

Antaranya ada dalam gambar dibawah ni. Ada yang aku beli lagi awal daripada PBAKL 2015 lagi.


Aku suka letak buku banyak-banyak atas meja macam ni. Senang aku nak pilih. Kiranya inilah buku-buku yang aku letak keutamaan untuk baca buat masa ni. Buku-buku lain, harap sabar menanti.

*alamak, buku hadiah daripada orang letak bawah sekali pulak dah. Harap pemberi tak kecil hati. :3

Aku harap, timbunan buku aku bertambah dan kita semua dimurahkan rezeki untuk membeli buku-buku yang kita mahu! Woha!

Korang pergi pesta buku? Berapa banyak buku yang korang akan baca sebenarnya? Haha!

Terima kasih sudi membaca. 🚣



You Might Also Like

2 comments:

  1. Sejak masuk degree langsung tak dapat pergi pesta buku. I'm jealous.

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.