Bacaan Bismillah sebelum Al-Fatihah dalam solat
Disini sekadar ingin berkongsi beberapa permasalahan dalam solat yang sering aku bincangkan dengan ayah aku. Mungkin berguna pada kita semua. Insyaallah.
Pastinya perkara ini tidak menjadi persoalan besar dalam hidup kita di kala ini. Hal ini kerana tidak semua orang tahu permasalahan ini. Samada bacaan bismillah sebelum bacaan surah Al-Fatihah perlu dibaca secara jahr(kuat) atau secara sirr(perlahan).
Selepas bacaan Ta’awudz maka Rasulallah membaca lafaz “ Bismillah…”,Baginda tidak menguatkan bacaannya (mengeras,menyaring,[JAHR] bacaan).
Diriwayatkan dari hadis Anas bin Malik dari beberapa cara:-
1.Dari Syu’bah,dari Qatadah,dari Anas berkata:”Aku tidak pernah mendengar seorang pun dari mereka menguatkan bacaan “bismillah…”. 2. Diriwayatkan oleh Bohari ,Muslim, Ad Daru Qutni, As Siraj : “Tidak mendengar bacaan ‘Bismillah…’
3. Dari Mansur Bin Zadzan dari Anas,berkata:”Tidak mendengar bacaan ‘Bismillah…”
(Sifat Solat Nabi:Jld 1:MS343/344)
Seperti mana hadis diatas, dapatlah difahami bahawa Rasulallah S.A.W. tidak menguatkan bacaan bismillah baginda semasa solat. Namun begitu, persoalannya adakah menjadi satu bid'ah apabila kebanyakan imam di negara kita membaca bismillah secara jahr(kuat)? Atau perkara ini tidak menjadi masalah sama sekali.
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi yang berasal dari Ibnu Abas yang mengatakan bahawa Rasulallah SAW memulai bacaan Al Fatihah dengan “Bismillah”.Dan diriwayatkan oleh Hakim Dalam Mustadrak dari ibnu Abas bahawa Rasulallah SAW menyaringkan “Bismillahir-Rahmaanir-Rahiim.Ditambah bahawa hadis ini Sahih.
(Samudra Al Fatihah:Bey Arifin:MS93)
Imam Syafie berpendapat bahawa “Bismillah” dibaca secara kuat,nyaring,keras (jahr) bersama Al Fatihah dan surah lain.Imam Syafie berdasarkan hadis dari An Nasa’I dalam kitabnya Sunan,Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hiban dalam kitabnya ,Shahih keduanya.
(Sohih Tafsir Ibn Katsir:Jld 1MS60)
Sekali lagi satu persoalan yang penuh tanda tanya datang menghimpit diri. Ada hadis yang mengatakan Rasulallah membaca secara sirr dan ada juga yang mengatakan Rasulallah membaca secara jahr. Bagaimanakah tindakan kita ?
Pastinya semua faham dengan hadis2 diatas. Disini ada beberapa perkara yang harus diperhalusi;
- Pendapat2 para imam mengenai perkara tidaklah jauh berbeza, kerana mereka semua sepakat mengatakan bahawa orang solat, baik membaca Bismillah secara jahr atau sirr kerana pada kedua-duanya adalah sah. (Sohih Tafsir Ibnu Katsir:Jld 1:MS62)
- Kita di Malaysia ini adalah berpandukan kepada mazhab Imam Syafie dan seharusnya kita merujuk pekara2 begini kepada mazhab kita.
- Hidup kita di akhir zaman ini seharusnya dan sebaik-baiknya adalah berpandukab sepenuhnya kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh yang demikian, bukankah lebih cantik jika kita lakukan apa yang secara pasti Rasulallah lakukan; membaca secara sirr.
Walaubagaimanapun, semuanya terletak pada kemahuan diri seseorang insan itu. Harus diingati jalan yang terbaik adalah yang Rasulallah tunjukkan.
Semua ini adalah sekadar perkongsian ilmu sahaja. Jika ada sebarang kesalahan, sila tegur.
SALAM BUAT SEMUA
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D