Tengah Cari Jalan Keluar

Ada satu benda yang aku baru perasan. Masa program Retreats beberapa minggu lalu, tak ada pun gambar-gambar masa sesi BBQ. Padahal gambar masa sesi BBQ juga sama penting untuk tunjukkan alumni bukan sekadar buat aktiviti-aktiviti serius. Kita juga mahukan mereka yang bersama dengan persatuan rasa seronok dengan aktiviti-aktiviti santai kita. 

Seorang tumpu nak masak ayam.
Seorang pula nak kena hantar alumni ke Amanjaya. Jadi dia kena cepat-cepat makan.

Dua orang ni la photographer alumni sekarang ni. Nak harapkan pada diorang je untuk dapatkan momen-momen alumni.

Kalau aku masih pada jawatan yang lama, aku pun boleh nak main kamera. Kau boleh kata apa salahnya aku main kamera walaupun aku dah berada pada jawatan yang baru. Ya, memang tak salah. Boleh saja aku nak main kamera. Masalahnya aku tak sempat. Banyak perkara lain aku nak kena cover sampai aku tak sempat nak main kamera pun. Kamera aku sendiri yang aku bawa dari rumah, aku biarkan dalam bonet kereta. Aku tahu, kalau aku bawak keluar aku tak sempat nak main punya. Mungkin aku akan biarkan saja kamera aku tu atas meja dalam bilik JPP tu. Jadi, daripada aku letak dalam bilik JPP, lebih baik aku simpan dalam kereta saja.

Kau tanya aku, apa je pun benda lain yang aku nak kena cover sampai tak sempat nak main kemera masa BBQ tu?

Aku kena hadap Bendahari untuk bincang pasal keluar masuk duit untuk program tu. Masa tu juga nak kena selesaikan sebab petang tu juga beliau nak beransur. Kemudian bincang pasal duit pendaftaran ahli yang aku uruskan. Duit tu aku nak kena bagi pada siapa dan bila aku nak kena bagi. Tu pun sebenarnya aku tengah tolong bakar ayam diorang tarik aku untuk bincang semua tu.

Sempat juga aku dengan anak buah aku (AJK Unit) selesaikan berkenaan pendaftaran ahli. Kira semula duit pendaftaran, semak keahlian, tengok siapa yang belum daftar lagi dan kenalpasti siapa yang janji nak bayar melalui bank-in. 

Selepas tu duduk bersembang dengan Presiden, Timbalan Presiden dan lain-lain berkenaan alumni. Kamera ada je atas meja masa tu kalau tak silap aku. Disebabkan perubahan jawatan ini, banyak benda yang aku biasa dan suka buat dah agak terbatas. Aku tak kata aku tak suka. Aku terima seadanya. Aku tahu kemana tumpuan yang aku kena berikan sekarang ni (berdasarkan jawatan).

Cuma aku nak tekankan kat sini, aku rasa ianya satu kerugian bila momen-momen santai macam ni, yang boleh jadi tarikan untuk orang join alumni, tak dapat dirakam dan didokumetasikan. Rugi. 





Itu sajalah aku nak omelkan hari ni. Ada banyak benda aku nak tulis pasal alumni ni, cuma aku masih cari kekuatan. 

Aku tengah lost ni. 

Lost lagi?

Ya. Nampak gayanya macam tu la. Aku tak tahu nak buat apa walaupun aku tahu ada banyak benda yang boleh aku buat. Perlu ke aku buat? Perlu. Tapi nak ke aku buat? Entah. Penatlah asyik macam ni. 

Kali kedua benda ni jadi kat aku. Aku tak sabar nak cari jalan keluar daripada semua ni. 

🚣

Share:

2 comments

  1. Mungkin sy belum berkesempatan nak baca post-post lain, cuma nak tanya, alumni apa ni ea? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alumni ni persatuan untuk bekas pelajar. Saya terlibat secara aktif dengan persatuan alumni kolej matrikulasi saya - Alumni Kolej Matrikulasi Perak. Kami banyak anjurkan program untuk pelajar2 semasa. :)

      *sorry lambat sangat reply. baru selesai 2 minggu program di kolej.

      Delete

Komen anda adalah di hargai :D