Putra dan Teja - Sebuah Cerita Lama

6:03 PM Hasnul Adin 0 Comments

Pagi itu aku sedang seronok melayan siri The Walking Dead di laptop. Aku cukup seronok dengan cerita bersiri tentang bumi yang dilanda wabak zombi ni. Dapat tengok telatah manusia bilamana dunia bukan lagi milik mereka. Dan kalau jadi perkara macam ni, sekurang-kurangnya aku dah ada idea macam mana nak hadapinya. Mengarut, bukan?

Sedang aku nak teruskan dengan episod ke tiga bagi musim ke dua siri ni, Acak menegur aku.

"Jim, tengok ni Jim. Tengok siapa add aku kat facebook ni."

Acak ni memang tak boleh nak tengok aku senang. Ada saja modal nak kacau aku. Aku pun terus ke meja ulangkaji Acak.

"Jim, ni bukan member kau yang lama dulu ke?"

"Mana?"

"Inilah. Teja ni. Dia add aku."

"Cuba pergi kat profil dia."

Acak klik pada nama 'Teja'. Tertera pada skrin sekarang ni, profil Facebook Teja.


---


Kau kat mana? Lama dah aku tunggu ni. Mau putih janggut aku ni. Uban pun dah mula tumbuh dah ni

Butang send ditekan. Tak sampai seminit, fon bergetar. Tanda ada mesej masuk.

Sekejaplah. Bagi aku lima minit. Lima je.

Tersengih sendiri aku membaca mesej tersebut. Aku menaip mesej balas dan terus tekan send.

Lima minit yang kau mintak ni, aku rasa sempat kalau aku nak ke Bombay dulu. Dating depan Taj Mahal.
*mohon terasa*
*angkat kening tiga kali*


Jangan nak sengal sangat! Tunggulah kejap. :p :p *muka marah*

Tergelak aku seorang diri. Nasib baiklah tak ada orang nampak. Kalau tak, dikatanya pesakit terlepas dari hospital mental.

Teja ni pun kalau ajak jumpa, mesti lambat sampai. Bukan ke selalunya perempuan tunggu lelaki dan bukan sebaliknya? Hukum alam macam tu kan? Ke macam mana? Salah aku juga. Tiba-tiba cakap nak jumpa. Tapi nak tak nak kena jumpa juga, ada amanah yang perlu disampaikan.

"Weh. Sorry lambat. Kau pun, last minit bagitau nak jumpa. Bukan nak cakap awal-awal. Tak cukup tanah aku berjalan dari asrama tadi nak ke sini."

"Hahaha! Seronok aku tengok kau macam ni. Bukan selalu kau serabut macam ni semata-mata nak jumpa aku, kan?"

"Banyaklah kau. Nak kenakan aku je kerjanya. Kenapa nak jumpa? Kata ada urusan rasmilah, nak sampaikan amanahlah."

"Tak ada apa pun sebenarnya. Saja aku ajak jumpa. Tak boleh?"

"Kurang asam kau! Gaya cakap tadi macam mustahak sangat. Sampai separuh nyawa aku hilang nak datang sini. Ni penat pun tak hilang lagi!"

"Hahahahaha!"

"Dah, aku nak balik. Jangan mesej aku dah. Tak habis-habis nak kenakan aku."

"Alah. Gurau je pun. Relaks. Jangan marah. Aku nak bagi ni. Nah."

"Apa ni?"

"Your favourite. Roti john double special."

"Wahhhh! Terima kasih. Terima kasih. Sedap ni. Mana dapat?"

"Mama datang tadi. Minta tolong mama belikan."

"Uuuu. Baiknya mama. Kau memang tau aku suka double special ni, kan?"

"Mestilah aku tau. Double special. Supaya nanti berat kau double naiknya. Double the special, double the fun."

"Asam boi! Tak habis lagi nak kenakan aku. Dahlah, malas nak layan kau. Terima kasih for the roti john. Bye."

"Bye dah? Lepak la dulu."

"Bye , Jim."


---


"Jim? Jim?"

Tangan Acak melambai-lambai depan muka. Hancur lamunan aku.

"Dah kenapa kau ni, Jim? Flashback bukan main lagi. Kau teringat kat dia ke?" Acak dah tergelak sakan. Memang patut pun dia gelakkan aku. Ada ke patut aku main flashback macam tu.

"3 tahun lepas kan, kali terakhir kau jumpa dia? Kau masih tak boleh lupakan dia, kan?" soal Acak dengan tawa yang makin galak.

Malas aku nak layan Si Acak ni. Lebih baik aku sambung tengok The Walking Dead tadi. Hati aku, dah sama mati macam zombi-zombi dalam cerita tu. Mati tapi hidup. Dah tak wujud, tapi masih ada.

"Wei. Kau dengar tak aku tanya ni? Lepas habis dulu diam terus dia tu. Entah kat mana sekarang." Acak berseloroh. Masih nak melawak dengan aku.

"Lagi sekali kau cakap pasal dia, aku tanam penumbuk ni kat muka kau Acak!"

Nota Jalanan:
Ada satu benda yang kau pergilah kemana-mana pun, dia akan ikut kau.

Kau tau apa dia?

Kenangan.

You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.