Mana Kau Menghilang


So, it has been weeks since I started my reading on "Aku Bercerita" by Ramlee Awang Murshid. Novel ni, adalah salah satu novel RAM yang aku nantikan. Sebab sebelum novel ini, RAM telah menulis "Fiksyen 302" dan Sunan Musafir yang mana ianya diterbitkan pada tahun 2011 dan 2012. Lama tu kalau nak diikutkan untuk tunggu "Aku Bercerita" ni terbit. So, aku memang tak sabar nak baca novel yang satu ni. Sepertinya aku ketagih sentuhan garapan beliau.





Tapi, nak dijadikan cerita aku semacam tak lalu nak baca novel beliau buat masa ini. Sehelai demi sehelai aku belek. Aku baca. Tak sampai setengah jam, aku dah mula bosan. Mulalah aku cari laptop. Movie ke, facebook je, jadi pengganti. Sampaikan, aku yang jarang-jarang baca tulisan bahasa inggeris dapat menghabiskan buku (ebook sebenarnya) "SAF : My Autobiography". Lepas aku habiskan bacaan autobiographi tu, aku cuba kutip semula novel RAM ni dengan harapan mood aku telah aku boostkan bila habis satu buku. Malangnya, tidak. Sekali lagi aku baca sehelai dua, bosan. 




Kemudian aku terfikir, mungkin aku perlukan sesuatu yang fresh. Sesuatu yang belum pernah aku rasa. Mungkin aku perlu mula mengembangkan sayap aku dan mencari penulis-penulis baru untuk dimasukkan dalam senarai "Penulis Pilihan" aku. Sebab, aku tak akan beli sebuah buku or novel secara membuta tuli. Kebiasaannnya aku akan follow pada penulis yang aku dah biasa ataupun aku akan ikut recommandation daripada kawan-kawan. Pernah jadi, aku cuba beli novel tulisan penulis yang aku tak kenal dan akhirnya novel tersebut terdampar kering dalam rak buku. Hanya dibaca beberapa bab sahaja. Lagi teruk, bukannya sebuah. Tapi adalah beberapa buah yang dah menjadi mangsa. Maaflah. Aku tak bisa bersamamu.




Jadi. Ada benarnya aku rasakan, bahawasanya, aku, perlukan sesuatu yang baru. Aku perlu berani keluar dari kelompok bacaan selesa aku. Setelah aku lakukan sedikit kajian, aku tertarik dengan Buku Fixi. Banyak pujian dan respon positif daripada pembaca-pembaca karya-karya terbitan Buku Fixi ni. Yeah. Mungkin inilah dia. Tiket aku untuk keluar. Insyaallah. Tak salah mencuba!

Tak cuma itu. Aku, perlu mencuba dan terus mencuba mencari mood aku yang telah lama pergi. Mungkin juga, "dia" merajuk kerana beberapa bulan yang telah berlalu ini, langsung tidak aku sentuh buku-buku di rak. Hanya menjadi perhiasan bilik. Sesiapa pun kalau kita abaikan kewujudannya, akan merajuk dan membawa diri. Apa pun kelebihan kita, andai tidak diasah lama-lama tumpul jua. Samalah juga aku rasa dalam bab membaca ni. Aku perlu asah skil bacaan aku. Termasuk juga skil memborong buku.

Borong buku juga perlu dari masa ke masa. Biarlah berlimpah-limpah buku pun. Bagi aku tiada salahnya. Personally, aku suka lihat buku banyak-banyak. Walaupun duit tak banyak nak borong berpuluh buah, tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Mula-mula cubit, lama-lama menumbuk. Eh?



See? 

Nampaknya terhenti disini sajalah. Doakan aku dapat temui "dia" semula. Aku rindu "dia". Sungguh. 




Okay. Yang ini baru borong punya. Plastik pon tak bukak lagi. :-p

Share:

5 comments

  1. wahhh sakan membaca. ILMU tu. bagusnye hehe

    sy kurang pd pembacaan novel2
    atau buku2 tebal.

    mata ni prefer online reading gitu.
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anamizu, tidaklah sakan mana pon. :)

      saya prefer both. tp dgn keadaan skrg, macam online reading lebih "mampu". ;)

      Delete
  2. Kena cari citarasa baru agaknya. Kalau anak sulung akak memang suka novel-novel RAM. Tapi Magis ini belum beli lagi sebab sekarang dia sedang exam SPM. Doakan anak kakak ye.

    Terima kasih berkunjugn blog kakak. Dah follow sini juga yg ke 75

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu la gamaknya kak. :)

      skrg tgh baca novel tulisan n terbitan yg lain, alhamdulillah dah nak habis pon. laju btoi. haha.

      Insyaallah. adik bongsu sy juga sdg spm.
      ada usaha, ada jayanya. :)

      Terima kasih juga atas kunjungan.

      Delete

Komen anda adalah di hargai :D