Sekeping Gambar Bersama



“Kenapa kita tak ada gambar bersama?” soalan yang lama bermain dalam fikirannya akhirnya terluah.

“Apa dia Nad?” soalan dibalas soalan. Mana-mana manusia pon akan bengang jika ia berlaku. Apalagi bila yang disoal itu langsung tidak menumpukan perhatian.

“Saya tanya awak… Kita dah kenal lebih 5 tahun, kenapa kita tak pernah bergambar sama-sama?”  terkedu Kamil mendengarnya. Dia kemudiannya mengalihkan pandangannya menghadap Nad. Jari jemari yang tadi galak menaip, terhenti.

 “Bukan saya dah pernah beritahu awak ke?” jawap Kamil sambil tangan mencapai teh ais yang hanya tinggal setengah gelas.


Tengah hari itu, tidak ramai pula pengunjung restoran Nasi Kandar Pelita itu. Mungkin juga sudah melepasi waktu makan tengah hari, sebab itulah tidak ramai. Kalau tidak, memang Kamil tidak akan setuju untuk berjumpa di restoran ini untuk menyiapkan esaimen mereka. Dia tahu, selepas jam dua memang restoran itu seakan sunyi tanpa pengunjung kerana menjelang waktu zohor, kebiasaannya lauk sudah habis. Dia tidak suka berjumpa di tempat yang sesak dan penuh dengan manusia. Dia tak selesa.

“Mana ada awak pernah beritahu kat saya. Berapa kali dah saya tanya dulu, tapi awak bukannya nak jawap.” Jawap Nad semula dengan nada sinis. Bahkan muka Kamil pun tidak dipandangnya. Matanya tepat memandang kearah laptop.

Tersenyum Kamil melihat Nad. Dia tahu, dari dulu lagi Nad pernah minta bergambar bersama. Tapi ditolak mentah-mentah. Dia ingat lagi ketika mereka sama-sama dapat sambung belajar di IPT yang sama, semasa mendaftar Nad meminta ibu bapanya mengambil gambar dia dan Kamil. Cepat-cepat Kamil beri alasan nak ke tandas. Terus terbatal hasrat Nad.


“Nad, awak beritahu tak Aiman dengan Lee yang kita nak siapkan esaimen kat sini? Wahida tahu tak?” Soal Kamil. Pelik juga dia. Tak pernah pula mereka lambat.

“Dah. Itu diorang sampai dah..” Nad menunjuk ke belakang Kamil.
Serta merta Kamil bangun dan menghulurkan sekeping kertas kepada Nad. “Saya ke tandas sekejap.”

“Apa ni?” soal Nad. Kamil terus berjalan tanpa pedulikan pertanyaan Nad. Dibuka lipatan kertas tersebut.


Saya mahu, gambar pertama kita bersama adalah gambar ketika kita sudah selamat disatukan dengan ikatan yang sah. Bila masa itu tiba, awak cakaplah berapa banyak gambar awak nak tangkap sama-sama, kita tangkap. Saya janji. ;)

p/s: Bulan depan parents saya nak datang rumah awak dah. So, sabarlah sikit. :P


I just want to write again. After a long time, I hope this is the new start that I've been waiting for. Insyaallah.

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D