Janggut Simbol Kecintaan Kepada Nabi Saw

4:11 PM Hasnul Adin 0 Comments


“Panjangkan janggut, pendekkan misai.” 
Suatu hari,seorang lelaki berjumpa dengan Nabi Sallahu'Alaihi Wassalam. Lelaki ini seorang yang tidak berjanggut hanya tumbuh beberapa helai janggut halus sahaja di dagunya.
Maka, Nabi tersenyum melihat lelaki tersebut. Kemudian lelaki itu berasa pelik kenapa Rasulullah senyum kepadanya. Apabila dia pulang ke rumah, dia terus memikirkan kenapa Rasulullah tersenyum melihatnya. Lalu dia berkata pada dirinya "Mungkin sebab ada janggut sikit pada aku sebab itu Rasulullah gelak dan senyum." Maka dia pun memotong janggutnya.
Keesokkan harinya, lelaki itu datang lagi ke majlis Rasulullah. Kemudiam Nabi tidak lagi senyum kepadanya. Kelihatan masam muka Rasulullah maka dia berasa hairan.
Kali pertama dia masuk, Rasulullah senyum tetapi kali kedua apabila dia sudah membersihkan janggutnya, Rasulullah tidak senyum lagi kepadanya.
Maka dia bertanya kepada Rasulullah.

"Ya Rasulullah,kenapa hari pertama engkau senyum kepadaku dan hari kedua aku datang engkau tidak lagi senyum kepadaku?”
Maka Rasulullah menjawab 
“Hari pertama yang engkau masuk itu, aku tersenyum kerana aku melihat Bidadari sedang bermain bergayut di setiap helai daripada janggutmu. Tetapi apabila engkau masuk hari kedua setelah engkau membuang janggutmu, aku tidak nampak lagi Bidadari.”
Maka setiap helaian janggut ini adalah Mas Kahwin untuk mendapatkan Bidadari. Seseorang yang berjanggut di dunia dengan berniat ikhlas mengikut sunnah Rasulullah Saw maka di akhirat nanti ketampanannya adalah lebih hebat daripada orang yang tidak berjanggut.
Akan tetapi, orang yang memang tidak langgung berjanggut kerana memang genetiknya susah untuk tumbuh janggut tetapi dia ada niat berniat nak ikut sunnah maka di akhirat nanti dia juga akan tampan.
Simbol keindahan lelaki dunia adalah dengan berjanggut. Alangkah indahnya seseorang itu apabila dia meninggal dunia dalam keadaan dia membawa sunnah Rasulullah Sallahu'Alaihi Wassalam.“
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul muhibbin. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Sumber: Tumblr

You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.