Teringat aku pada satu tekad dan janji ...
Beberapa hari lalu aku melawat laman web Us. Halim, seorang pendakwah yang baru sahaja aku kenali. Aku tertarik akan kisah dirinya sewaktu masih belajar.berikut salah satu perkara yg menarik hatiku:
Sebaik saya graduate dari engineering April 1988, saya masuk STAM pada Mei 1988, tanpa tahu Bahasa Arab. Di dalam kelas STAM, kerja harian atau cara mengajar guru ialah membaca dan menterjemah buku2 Arab ke dalam BMsia di depan pelajar.
Ust. Halim http://inijalanku.wordpress.com/
Apa yang menarik adalah setelah terbaca kisahnya baru aku teringat janji yg pernah aku suarakan terhadap diri sendiri suatu masa dhulu sebelum tamatnya zaman persekolahan aku. Aku telah berjanji untuk mendalami ilmu agama yg selama ini aku tidak mampu selami semasa sekolah. Aku telah meletakkan Mesir sebagai destinasi wajib untuk aku terokai ilmu Allah. Namun apakan daya, sebagai manusia kita sering terlupa. Aku tetap bersyukur kerana Allah telah menunjukkan jalan agar aku teringat kembali niat suciku itu.
Apa yang aku tahu, Ustaz Halim tidaklah seorg student agama semata-mata. Beliau merupakan pelajar engineer satu masa dahulu sebelum beliau meneruskan pengajian beliau di Mesir. Hal inilah yg telah mendatangkan idea dan perancangan aku yang terbaru.
Insyaallah akan di ceritakan dengan lebih detail di post yg seterunya.
Sekian, Wassalam
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D